Monday, 24 June 2013

salahkah aku berubah ?

Dimulakan dengan menyebut, membesarkan dan menyampaikan nama ALLAH S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. DIAlah yang Maha Mengetahui dan Berkuasa di atas setiap sesuatu. Segala puji hanyalah untuk-NYA Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w tercinta. Betapa suci dan murninya perjuangan baginda dan para sahabat sehingga Islam akhirnya sampai kepada kita . 

Entah kenapa malam ni . aku terasa sangat sedih dan sedih . kenapa masa silam mesti diungkit . kenapa ta boleh na percaya siapa aku sekarang . kenapa perlu menceritakan siapa aku .  Mengapa ia hadir , hanya Allah yang mengerti . Sebaknya hati ini tatkala mengingatkan kejahilan lampau. Betapa besarnya keagungan Dia , kebesaranNya, sehingga aku menjadi siapa aku pada hari ini . Tetapi harus aku kuat untuk jalani kisah ini sehingga detik roh berpisah dari jasad . "nak jadi baik ni memang banyak halangan kan", kata seorang sahabat...hummm".. tu je yang mampu aku kata sambil tersenyumkenapa senyum? aku serius ni.sabar, aku senyum sebab apayang kau kata tu memang betul. langsung  ta de salah kat mana-mana pun.tu la pasal, aku tahu la aku ni bukannya baik pun. tapi tu dulu, sekarang ni aku dah berubah, aku dekatkan diri aku dengan Allah, tapi bila aku buat tu, ade je yang perli aku. aku bukannya nak jadi ustazah, aku cuma nak baiki diri aku je . 

Aku tak layak langsung nak bercerita pasal agama ni. Tapi disebabkan menyebarkan agama dan berjihad tu ialah tugas setiap muslim dan muslimat yang hidup di dunia, maka aku wajib mengikhlaskan diri untuk berdakwah.Bukan orang yang berpurdah, berkopiah, berjubah je yang boleh berdakwah. Setiap orang boleh berdakwah. Sedangkan orang yang masih penuh dengan dosa pun wajib ingatkan orang lain.Sebab tu, tak ada alasan untuk kita tak berubah dan mencari keredhaan dari Allah. Jangan lah sombong sangat awak. Kita ni asal pun dari Allah. Reti lah malu sikit ya :') Aku. Dulu aku sama macam korang. Remaja. Dan aku pun sekarang masih remaja hakikatnya. Aku. Dibesarkan dalam keluarga yang bukan asalnya alim ulama. Aku mengaku tu. Aku dibesarkan dalam keadaan yang sederhana. PAKAI TUDUNG. JAGA AURAT. Tu je aku tahu dulu. aku juga pernah berfashion seperti korank . tapi ta perlu lah ungkit kisah silam aku . siapa aku dulu ta perlu diungkit2 . Bila Allah bagi kita peluang untuk berubah, Dia buka hati kita. Saat tu. Saat tu ialah saat yang paling bahagia :'D Ya Allah.... teringin sangat nak tengok kawan2 lain pun ikut sama berubah. Takpe,slow2. Aku tahu bukan mudah.Aku menangis bukan bermakna aku lemah, tapi sebab aku dah kuat terlalu lama. 

berhenti menghukum aku . berhenti mengata aku . semoga kepada orang yang mengungkit kisah silam aku dibuka hati .  Kalau awak masih belum dibuka pintu hati oleh Allah, in shaa Allah satu hari pasti terbuka. Macam aku. Aku dulu  seorang yang sangat jahil. Jauh hina dari muslimah yang lain. Sedangkan sekarang pun aku masih hina, apa lagi dulu. Ya. Banyak kenangan pahit aku pernah rasa dulu.aku lebih tenang walaupun ketika aku susah dan sedih. Sebab aku tahu. Setiap apa yang berlaku, semua rancangan Allah yang kita semua tak tahu. Buat apa nak mogok? buatpa nak salahkan Allah? Buatpa nak maki2 kata Allah tak adil? Ingat balik.... APA TUJUAN KITA HIDUP DI BUMI ALLAH.

Dalam perjalanan ini , kita pasti akan diuji . Semakin kita ingin mendekatkan diri kepada ALLAH , semakin berat ujian yang akan hadir . Kadang-kadang ujian itu hadir jua tanpa kita sedar . Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri . Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri . Tanpa kita sedar , ujian juga mampu mematangkan kita . 

Hakikatnya , suatu masa dahulu , tidak pernah ku terfikir hidupku akan berubah menjadi seperti hari ini . Segala puji bagiNYA . Dialah yang berkuasa atas segala sesuatu . Bila Dia mengkehendaki sesuatu itu terjadi , maka cukuplah Dia berkata jadi , maka jadilah ia . Inilah nikmat yang terbesar yang akan ku syukuri sehingga nafas terakhirku , iaitu nikmat iman dan nikmat islam . Cukuplah Allah bagiku , cukuplah DIA sebagai pelindungku . Cukuplah dengan dakapan cintaNYA membuatku rasa bahagia dan tenang  . Pelbagai juga dugaan yang mendatang bila ingin berubah ke arah yang lebih baik , pelbagai tohmahan yang ieka dapat , ada kawan-kawan yang mula makin menjauh , yang bersangka buruk . Kadang-kadang ada orang yang tak percaya aku dah berubah , malah gelakkan aku . Kadang-kadang juga kena perli . Kadang-kadang , terfikir , adakah aku tidak layak untuk menjadi baik ? Sedih sangat , tapi ieka kuatkan diri agar tidak goyah . Bukan senang nak bermujahadah ,kerana syurga itu sangat lah indah . Tetapi alhamdulillah , selepas itu ALLAH gantikan dengan sahabat-sahabat yang sama-sama mengejar redha ALLAH . Subhanallah , indah sangat ukhwah kerana ALLAH . Tetapi ada juga yang sangat-sangat gembira dengan perubahan ieka . Alhamdulillah , mereka juga sedang berusaha untuk mengubah diri . Segala Puji bagi ALLAH.

Ya , perjalanan hidup aku . Tiba-tiba aku terfikir siapa aku daripada sebelum berhijrah dan siapa aku selepas berhijrah . Allahu Akbar , terasa air mata ingin mengalir menyentuh pipi . Tidak pernah diri aku termimpi atau terfikir untuk berada di kalangan orang yang soleh dan solehah . Tidak pernah diriku terfikir untuk berada di sisi seseorang yang bergelar " Hafizah al-Quran " .Tak pernah diriku terfikir untuk sentiasa menghadiri kuliyah dan majlis bersama para ulama' . Tak pernah diriku terfikir untuk lebih belajar mendalami ilmu agama . Tiba-tiba terasa air mata mengalir mengenangkan kejahilan lampau . Tapi , buat apa untuk aku menangisi perkara lampau yang telah menjadi sejarah hidup ? Hati berbisik " Jadikanlah pengalaman dan sejarah silam itu sebagai satu kekuatan untuk kamu berubah menjadi lebih baik " . Sesungguhnya , tiada orang yang tak punya sejarah hidup , dan tiada orang baik yang tidak punya masa silam .Perasaan hina diri dan kerdil itu sering menyapa . Terasa diri kerdil sekerdilnya . Mereka yang berada di sekelilingku terdiri dari yang tinggi ilmunya , terdiri dari bakal hafiz hafizah al-Quran ,  Subhanallah , siapalah diriku berbanding dengan mereka ? Aku hanya hamba Allah yang baru sahaja untuk kembali ke jalanNYA . Aku hanya hamba Allah yang baru sahaja berusaha untuk menjadi solehah . 

Semakin diriku ingin mendekati jalan yang benar , semakin terasa ujian menyapa . Wahai diri , ingatlah , Jalan ke syurga itu dipenuhi hamparan duri-duri sering kali diri akan terluka kerana tertusuk duri-duri ujian . Sering kali jua air mata akan menjadi peneman setia . Kekasihku yakni Rabbku setia bersamaku ketika susah dan senang . Hanya DIA yang memahami apa yang berada dalam hati . Diberinya ujian kerana kasihNya padaku . Bagaimana pula harusku berputus asa ? Sedangkan DIA kekasihku tidak pernah berputus asa untuk memberiku ganjaran pahala . Wahai diri , ketahuilah sesusah dan seduka manapun ujian di dunia . Semua itu TIDAK KEKAL . Apa yang penting , fikirkan kemana dan bagaimana destinasi kamu yang terakhir dan kemanakah matlamat kamu . 

apa yang boleh aku katakan  pedulikan masa silam yang telah menjadi sejarah lampau , apa yang penting adalah masa yang akan datang . Binalah masa hadapan yang baik , carilah saham akhirat dari sekarang . Mati itu dekat , bila-bila masa sahaja ia bakal menyapa . Sanggupkah kita jika dijemput ILAHI dengan keadaan Allah murka ? Nauzubillahminzalik . Pejamkan mata , fikir sejenak . Adakah kita pasti yang masih ada lagi hari esok untuk kita ? Hakikatnya , tiada siapa pun tahu adakah sejam kemudian mereka masih mampu bernafas seperti saat ini . Manfaatkan lah masa yang ada dengan sebaik-baiknya . Jangan kelak , kamu menyesal di akhirat sana . Ketika itu walaupun kamu menangis sehingga keluar air mata darah sekalipun , masa tidak akan mampu berulang kembali . 

Tika aku keseorangan, tika aku sendiri, baru aku kenal akan cintaMU , baru aku kenal akan kebaikan . Ya Allah, apa yang telah diri ini lakukan ? Ya Rabb, beratnya dosa-dosa ini . Layakkah aku untuk menjadi solehah di sisiMu :( . Insaflah wahai diri dan hati, terkadang jiwa yang terleka perlu diketuk dengan tazkirah dan doa, agar tidak terus disalut dosa demi dosa . Taburilah doa kalian buat diriku , cuma itu yang aku pinta ... aku akui hakikat diri yang juga lemah :( , tidak bermakna diriku yang berkata-kata ini sudah sempurna , hakikatnya hanya ALLAH sahaja yang mengetahui . Tetapi sekurang-kurangnya dengan penulisan ini mampu membuat diriku lebih bersemangat dan termuhasabah. Orang mungkin akan nampak kita sentiasa tabah ,tetapi hanya DIA yang lebih mengetahui sejauh mana ketabahannya :) Apa yang terzahir tidak semestinya benar . Nilailah sesuatu itu dengan hati , dengan pandangan ALLAH dan RASUL . 

Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdulillah . aku gembira dengan siapa aku hari ini . Sangat bersyukur kepadaMU YA ALLAH . Terima kasih atas hidayah dan petunjukMU . Tidak akan aku sia-siakan . Bantulah aku YA ALLAH untuk sentiasa kekal istiqamah . Sesungguhnya Kaulah yang berkuasa atas segala sesuatu . Ampunilah segala-gala dosaku . Kini aku bersujud dan menyerahkan diriku kepadaMU . Aku mengaku berdosa ..............  . Kini aku bangkit , bangkit untuk menegakkan agamaMU . Untuk berusaha bersama-sama mengajak sahabat-sahabat agar juga kembali mencari ketenangan yang abadi . Iaitu , dengan cara , kembali kepadaMU . Permudahkanlah urusanku . Bantulah hambaMU yang serba kekurangan dan hina ini . Jika aku mati , matikan aku dalam keadaan beriman dan bertakwa kepadaMU . Matikan aku dalam keadaan menegakkan agamaMU . Amin Allahumma Amin .




1 comment:

  1. Boleh share story awak ni? Sebab saya pun rasaa benda yg sama.. :)

    ReplyDelete