Monday, 3 June 2013

cerita baru .

assalamualaikum . dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani , alhamdulilah masih sempat aku mencoret kan cerita di blog . ni blog saya yang kedua . blog pertama saya telah dihapuskan untuk selamanya . blog dimasa zaman jahiliah ku . skunk aku dengan penghijrahan baru . tapi zaman jahiliah masih menghantuiku lagi . 

Masa Silam VS Masa sekarang . Okay , sebenarnya hal ini banyak orang bertanyakan aku, bagaimana mahu lupakan perkara silam kita ? Bagaimana nak move on tanpa kita ingat sejarah-sejarah lepas ? Okay , kadang-kadang perkara ini pun selalu menghantui aku selalu terlintas di benak fikiran . Pertama-tamanya , ucapkanlah syukur kepada ILAHI kerana DIA memberi peluang untuk kita kembali dari mimpi yang menghanyutkan , dan menyelamatkan kita dari tipu daya dunia , sedangkan lihat , berapa ramai lagi yang masih tidak sedar akan hakikat hidup yang sebenar . Bersyukur dan jangan terlampau senang dan berlapang dada . Kerana apa ? Kerana syaitan itu licik ! Semakin kita ingin mendekati jalan yang benar ,semakin giat syaitan terkutuk berkerja ~

Sahabatku , ketahuilah . Sejauh mana kita berusaha untuk melupakan masa silam , segigih mana pun kita ingin membuang kenangan lampau ia TIDAK AKAN PERNAH BERJAYA ! Kerana apa ? Kerana ia adalah sebahagian SEJARAH HIDUP kita . Sejarah tetap sejarah . Masa silam tetap masa silam . Tak salah jika kita mengimbau kenangan masa silam , asalkan kita jadikan ia sebagai satu sempadan dan iktibar untuk hidup kita . Mengingati masa silam bukan bermakna kita ingin kembali kepada kenangan itu . TIDAK SAMA SEKALI . Sekurang-kurangnya apabila kita mengingati masa silam dan melihat masa sekarang , kita akan tersedar akan kekuasaan ALLAH . Bagaimana indah DIA mengatur hidup kita ? Betapa cantiknya takdir yang telah DIA tetapkan ? Siapa sangka kehidupan kita berubah seperti hari ini ? Tetapi tiada yang mustahil bila DIA mahu perkara itu terjadi . 

Jangan bersedih apabila memandang masa lalu , lipatlah masa lalu dan kurunglah ia di dalam penjara , mengikatnya dengan tali yang kuat agar ia tidak terlepas lagi dari memandang cahaya .Tetapi ingat , segigih mana pun kita mencuba untuk melupakan , sedikit sebanyak kita tetap akan mengingatinya.Tetapi , janganlah kamu risau , kerana ia hanyalah sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir . Jangan pernah kamu kembali pada masa silam yang kelam setelah kamu menemui cahaya yang indah yang ditemani pelangi yang mewarnai hidup . Dengan kembali kepada masa lalu setelah kamu menemui jalan yang benar itu bererti kamu akan kembali merasakan keresahan , masa lalu tak ubahnya seperti api yang terus membakar dan seolah-olah kita melemparkan diri kita semula ke masa lalu dan membakar diri kita sendiri . Ini terlalu menakutkan dan menyedihkan . Kembali kepada masa lalu juga hanya akan merosakkan suasana dan sekaligus menyia-nyiakan perjuangan yang selama ini yang telah kita lakukan. 

Yang berlalu biarkan berlalu dan jangan biarkan ia berulang kembali . Tidak ada manfaatnya memutar kembali roda sejarah . Orang yang berusaha kembali kepada masa lalu setelah penghijrahannya adalah tidak ubah seperti orang yang menyerahkan dirinya sendiri kepada api yang membakar .

Seboleh mungkin jangan pernah kita melihat masa lalu . Ya , kita tak mungkin mampu memadamkannya , tetapi berusahalah untuk tidak memandangnya . Kita sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajah kita ke belakang untuk melihat apa yang telah lepas , kerana angin akan terus berhembus ke depan , air juga akan terus mengalir ke depan , kita berjalan juga menuju ke hadapan . Janganlah kerap memandang masa lepas , janganlah kamu berpatah semula .Apabila kita berada di pagi hari , janganlah pula kita menunggu waktu petang , kerana hari ini adalah kesempatan untuk kita terus mara untuk hidup sebagai khalifah di bumi Allah . Kerana itu kita tidak perlu memikirkan hari semalam yang telah berlalu, tidak kiralah dengan segala kebaikan atau keburukan yang menghiasinya . Teruskanlah langkah kaki ke hadapan tanpa melihat kenangan lampau . Berusahalah untuk menjadi khalifah yang terbaik di kalangan yang terbaik . 

Tetapi ingat ! Jangan terlampau senang dengan keadaan sekarang , kerana kita tidak akan pernah tahu apa yang akan mendatang . Berdoa dan terus berdoa agar kita kekal istiqamah berada di jalanNYA .

Wahai diriku yang hina , dan wahai sahabat-sahabatku yang ku kasih . Tuntunlah diri kamu dengan wahyu ILAHI dan bukannya dengan bisikan syaitan terkutuk ~ 

Sampai di sini sahaja yang mampu hati ini coretkan . Terimalah apa sahaja yang baik , dan abaikanlah apa yang buruk . Sesungguhnya setiap apa yang baik itu semuanya adalah dari ALLAH S.W.T . Tanpa anugerahnya tak mampu untuk diri yang hina ini mencoretkan bait-bait ayat ini buat diri sendiri dan sahabat semua . Suka untuk saya ingatkan , tidak semestinya saya yang berkata-kata ini sudah yang terbaik , jauh lagi sempurna , kerana pada hakikatnya saya juga sedang merubah diri . Sama-sama kita memimpin , sama-sama kita berjuang dan bukannya saling menjatuhkan . Salam kasih dan sayang dari hamba Allah yang serba kekurangan . Semoga Allah menyentuh hati-hati kita dengan kasih sayang dan rahmatNYA . Insyaallahu Ta'ala ~

No comments:

Post a Comment