RAKYAT Malaysia seluruhnya – Islam dan bukan Islam - hendak bersabar dan insaf akan ujian dan bala jerebu dari Allah yang melanda beberapa negeri sejak dua tiga hari ini.
Bala tsunami sehari selepas Hari
Natal beberapa tahun dulu datang dengan tiba-tiba, mangsa tidak sempat
berfikir, dan mangsa yang selamat saja dapat menginsafinya hingga
bertahun-tahun. Bala jerebu ini dialami oleh semua memberikan banyak
masa kepada manusia mengisafinya.
Secara mudah ia berpunca dari kebakaran besar hutan di Sumatera dan di negara kita sendiri.
Saya mengaku ia penyebabnya. Tetapi pada keseluruhannya jerebu ini
adakah bala Allah kepada orang-orang yang ada di negara ini baik
penduduk tetap mahu pun orang-orang yang datang bertandang yang
masing-masing lupa kepada Allah.
Ia adalah ingatan dan amaran dari Allah. DitakdirkanNya ada orang
Indonesia sengaja atau tidak sengajar menyebabkan terbakar hutannya.
Yang anihnya kebakaran itu berlaku di Sumatera.
Malaysia terkepung dari barat dan dari timur. Seolah-olah asapnya mahu
memerangkap Malaysia. Walau dari mana saja angin bertiup asapnya akan ke
Malaysia juga.
Dalam tahun 1990an sudah berlaku jerebu
yang tebal di Malaysia. Almarhum Dato FAdzil Noor dalam satu ceramahnya
semasa jerebu itu menyebutkan kisah bumi berasap yang disebut dalam al-Quran. Beliau memberitahu bahawa ia adalah bala dari Allah kerana angkara maksiat dan penderhakaan manusia kepada Tuhannya.
Manusia lupa kepada Allah dan menolak segala yang ditentukan oleh Allah.
Maka Allah yang sayang kepada Malaysia kerana di kalangan rakyatnya
masih ada ulama yang mahukan peraturan Allah datangkan jerebu sebagai
satu ingatan supaya rakyat dan Negara keseluruhannya kembali kepada
peraturan Allah.
Allah tidak datangkan gempa bumi atau tsunami seperti di Aceh atau
lain-lain bala yang menyebabkan rakyatnya mati bergelempangan. Ia
datangkan bala yang tidak mematikan penduduknya serta merta, tetapi
jerebu yang boleh mendatangkan penyakit, ia tidak mati segera dan serta
merta, tetapi dengan penyakit itu boleh juga menyebabkan akhirnya ramai
mati.
Tetapi bala jerebu ini cukup untuk menyedarkan manusia bahawa ia adalah
ujian gerangan kemurkaan Allah, maka bagi mereka yang mahu berfikir,
mereka sewajarnya insaf dan menerima segala perintah Allah.
Dalam sepanjang sejarah dunia, ingatan bala itu bukan sekadar ditujukan
kepada umat Islam, tetapi banyak ditujukan kepada orang yang tidak
beriman. Banjir di zaman Nuh, gempa ribut di era Hud dan Saleh, bumi
terbalik di zaman Lot dan Firun ditenggelamkan di Laut Merah serta
Namrud diserang nyamuk di otaknya adalah balasan kepada orang yang
engkar langsung terhadap Allah.
Setiap kali bala ia memusnah orang engkar dan digantikan dengan mereka
yang bersyukur. Moga-moga bala jerebu itu datang membawa peringatan.
Selepas itu wajarlah penghuni dunia kita ini insaf dan tunduk kepada
perintah Allah.
Jadilah masing-masing orang yang bertaqwa. Caranya ialah seperti yang
dianjurkan oleh ayat dua surah al-Bakharah yang bermaksud ‘Inilah kitab –
al-Quran - tidak syak lagi adalah paduan orang yang taqwa.’
Orang yang taqwa
ialah orang yang berpandu kepada al-Quran. Orang yang berpandu kepada
al-Quran ialah orang yang taqwa. Yang tidak berpandu kepada Al-Quran sah
tidak taqwa dan orang yang tidak taqwa sah tidak mahu berpandu kepada
al-Quran.
Jerebu sekarang adalah bala. Sah ia bala. Tetapi apakah kesalahan orang Malaysia?
Tidak mudah untuk menyatakan satu-satu kepada umum apakah keengkaran
orang Malaysia seperti yang dilakukan oleh para rasul kepada umatnya.
Para rasul adalah senang kerana ia tidak mengiktiraf kepercayaan dari
Islam kerana agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam.
Malaysia mengiktiraf semua agama. Ini saja sudah tidak sama dengan
kemahuan semua rasul. Rasul mengajak semua penduduk supaya menyembah
Allah, tinggalkan semua sembahan lain. Rasul-rasul menyeru kepada
meenrima agama Allah, tinggalkan agama lain. Dirikan solat, tunai zakat.
Sejak zaman Adam lagi Allah bagi tahu agama Allah dan jalan Allah ialah
Islam. Nama Islam itu tidak boleh ditukar seperti ada Islam Arab ada
Islam Banggali. Ada Islam putih ada Islam hitam, ada Islam kampung iaitu
Badawi atau ada Islam maju iaitu hadhari.
Yang takut kepada Islam saja itu mengapa dan siapa?
Oleh kita semua adalah hamba yang lemah dan tidak sunyi dari dosa, maka banyaklah dosa kita. Apakah dosa kita?
Tidak taat kepada ibu bapa, tidak didik
anak-anak dengan pendidikan yang Allah tentukan, berhutang tak bayar,
rasuah dan subahat dengan rasuah, tak berjudi tetapi membenarkan judi,
tidak makan riba tetapi membiarkan riba, bila Yahudi dan Amerika kata
Islam pengganas, maka kita pun kata pengganas juga.
Dosa manusia memang banyak. Selain dari mencuri, mengumpat, minum arak,
berzina, makan riba, kerja curi tulang dan sebagainya, tetapi yang
paling besar kejahatannya ialah menghalang hamba Allah membuat
kerja-kerja Islam. Kalau orang yang menghalang kaki tangan kerajaan
menjalankan tugasnya boleh dihukum, maka orang yang menghalang umat
membuat kerja-kerja Islam adalah lebih teruk dari menghalang pegawai
menjadikan tugasnya.
Ketika rencana ini ditulis, beberapa kawasan Johor dan Melaka sudah
layak dikategorikan sebagai sangat tidak sihat. Demikianlah teruknya
bala jerebu.
Lazimnya apabila kita berdepan dengan bala maka kita berdoa dan solat
hajat minta Allah hapuskan bala yang dihahdapi itu. Apa yang pemimpin
wajar lakukan ialah mengajak umat sekalian menyatukan hati kembali
kepada cara agama Islam supaya Allah mengkabulkan doa kita dalam kes
jerebu ini, maka moga-moga segera berakhirlah jerebu.
Yang kita boleh ajak adalah orang kita saja yang seaqidah dengan kita.
Kita tidak mewakili kepercayaan orang lain dan kita tidak boleh anjur
atau suruh orang lain buat itu dan buat ini. Allah benarkan kita
bercakap tentang agama kita saja. Yang ada solat hajat hanya kita. Yang
nazarnya diterima hanya kita. Maka kita buat apa yang kita nak buat.
Lain-lain kepercayaan adalah urusannya. Kita tidak boleh
campur
dan kita tidak buat apa-apa. Kita dengan agama kita, maka kita mintalah
apa saja. Apabila Allah kabulkan doa dan solat hajat kita, maka semua
orang akan dapat nikmat dari amal ibadat kita, maka moga-moga orang akan
terima kepercayaan kita.
Tetapi sekadar berdoa dan solat hajat saja tidak cukup. Selain dari doa dan solat hajat, yang lebih penting ialah kembali kepada cara hidup Islam. Sekadar solat hajat, tetapi lepas itu lupa juga kepada Allah, maka jerebu itu tidak memberi apa-apa ingatan.
No comments:
Post a Comment