Aku masih ingin menulis tentangnya ..Satu tragedi yang meragut nyawanya di Turki, membuka ramai mata hati.
MashaAllah. Subhanallah. Terdetik rasa kagum pada seorang hamba. Hidupnya untuk Tuhan semata. Baktinya untuk Islam. Siapa sangka di usia muda, tidak sakit tidak apa, dia dijemput Tuhan.
Ku cuba telusuri kisahnya, jihadnya, matlamatnya. Serasa ada airmata yang mengalir. Usia muda, dihabiskannya untuk perjuangan, untuk Islam. Betapa besar jiwa seorang khalifah bernama Ahmad Ammar. Mungkinkah qudwah hasanah; Muhammad Rasullah menjadi idolanya?
Jasadnya tidak lagi di sini. Rohnya juga telah berjumpa Ilahi. Tapi semangat perjuangannya terus utuh bagai meresap terus ke sanubari. Mungkin sebentar lagi rohku pula dijemput Ilahi. Siapa tahu kapan aku akan pergi?aku juga merindukan Syahid dijalanMu ini..
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Moga 'semangat' Almarhum Ahmad Ammar terus hidup dalam diri. Moga aku juga berjiwa khalifah, berhati hamba. Bukan syurgaNya yg aku buru...tapi RedhaNya yg aku mahu..usah gentar,usah bimbang..dengan tuhan,kita takkan kecundang..
Tak pernah bosan baca kisah Ahmad Ammar. Tiapkali buka muka buku, sahabat2 dan ibu ayahnya pasti kongsi cerita perjalanan Ahmad Ammar tika hayatnya. Sungguh aku cemburu. Betapa hebatnya penangan assyaheed mu.Tahniah puan Nur Azlina dan tuan Ahmad Azam kerana mendidik Ahmad Ammar sehingga membuatkan kami terjaga dari asyik berminpi dan kematiannya menghidupkan lena kami. Al fatihah
Kadang-kadang kita menyangka kita yang bercakap macam-macam inilah yg akan banyak menyumbang pada agama. Kita rasa kita yang lantang bersuara inilah yang akan membangunkan agama. Kita sangka kita hebat.
Kita sangka kita akan memberi kesan pada orang ramai.Kita lupa akhlak dan tutur bicara kita.
Kita katakan semuanya adalah demi agama yang kita mahu pertahankan.Namun kita lupa, akhlak dan budi bicara itu lah penting. Keikhlasan dalam beramal dan matlamat yang ikhlas untuk agama itulah yang utama. ahmad ammar. Sejak pemergianmu, engkau tidak henti-henti mengajar kami semua. Hatta pada saat ini. Allah Allah....Apa yang lebih indah dari menjadi ahli Syurga sepertmu.(InsyaALLAH)
Allahumma solli ala sai'dina muhammad . Ya Allah Ya Rasulullah aku mahu ingatkan lagi sekali..semoga lebih ramai "Ammar" yg bangkit..tidak menjadi "Ammar" pun tidak mengapa..jadilah diri sendiri..tetapi ambillah Semangat dan kisah hidup almarhum sebagai penyunting semangat disamping menjadikan Rasulullah sebagai idola utama dalam kehidupan..
AL-FATIHAH.
Saya garang , baran dan keras kepala tetapi sedang memajukan diri untuk menjadi solehah .
Tuesday, 26 November 2013
Sunday, 18 August 2013
Perjuangan Sentiasa Ada Pahit Getirnya, Tidak Ada Perjuangan Yang Mudah
Doa itu senjata utama. Doakan saudara kita di Mesir. Allah beri mereka musibah besar dan insyaAllah dapat ganjaran di Syurga. we support DR MOHAMED MORSI .
Perjuangan untuk menegakkan kebenaran tidak akan sentiasa mudah. Jalannya tidak dibentang karpet merah apalagi dihidang dengan anggur dan buah-buahan enak bagaikan para pembesar di istana. Bahkan, jalannya sentiasa akan dicabar dan diuji dengan pelbagai macam mehnah dan kesusahan.
Manusia bukan robot. Sekali-sekala berada dalam perjuangan sedemikian, ia pasti diuji dengan rasa lemah dan sedih . Rasa lemah kerana kehilangan orang tersayang. Sedih kerana keluarga kesayangan telah syahid dalam perjuangan. Rasa lemah kerana diri cepat betul lalai ketika berseorangan. Rasa sedih kerana orang-orang yang lemah dan tidak bersalah terus-menerus dizalimi. Rasa lemah kerana memikirkan keterbatasan dan kemampuan diri. Rasa sedih kerana dunia muslim yang bergolak dan ramai pula muslim yang murah maruah dirinya.
Rasa lemah kerana usaha dakwah kita dikritik dan dihentam oleh orang. Rasa sedih kerana dakwah tidak bersambut.
Lantas, apakah dengan rasa sedih dan rasa lemah ini kita akan berhenti daripada meneruskan jejak perjuangan kita selama ini? Apakah rasa sedih dan lemah kerana ujian yang kita hadapi ini akan membunuh semangat dan kesungguhan kita dalam berjuang?
Duhai saudara ku di Mesir. Duhai darah daging seagamaku. Tabahlah. Dirimu bakal ketemu Syurga. Apa yang lagi hebat daripada itu .Sabarlah. Innalilla wainna ilaihirojiun ... Al_Fatihah buat saudara mudlimin dn muslimat yg gugur jihat .
Kita tidak akan pernah tahu apakah hasil di hujung perjuangan itu. Kita memang mengharapkan kemenangan akhir adalah milik Islam, tetapi kita tidak akan pernah tahu apakah ketika kemenangan akhir itu dicapai, ia berlaku di zaman kita atau di zaman-zaman selepas kita.
Sebab itu, janganlah merasa lemah dan dukacita andai perjuangan kita sekarang tidak menampakkan hasil kemenangan yang besar. Kerana perjuangan Islam ini bersifat nafas panjang, maka kalau pun kemenangan itu tidak dicapai di masa kita, sekurang-kurangnya kita menjadi salah satu penyebab ke arah kemenangan itu yang mungkin berlaku pada zaman selepas kita.
Tetaplah terus mara ke depan. Allah dah janji. Bunuhlah macam mana pun, Islam takkan hilang didunia. Allah akan menjaga Islam sehingga hari kiamat. #PrayforEgypt
Yallah ku memohon padamu bantulah muslimin yg menegakan kalimah mu ..hanya air mata menjadi saksi kesedihan melihat pembunuhan di mesir . allahuakbar :'( . terus mara wahai pejuang islam.ujian ni utk org beriman..inshaAllah kmngan milik islam! Ya Allah Kau menangkan Islam di seluruh dunia. Kuatkan hati hambamu untuk berjuang dijalan-Mu . ya Allah bantulah saudara kami yang sedang dizalimi di mesir . allahuakbar :'( . Ya Allah.ALLAHU AKBAR!! berikan kekuatan kepada umat Islam. Musnahkanlah mereka yg menentang Islam dengan azabMu sekeras-kerasnya ya Allah. Ya Allah.Aku tak sanggup tengok apa yg berlaku di Mesir, KAU bantulah saudara2 kami di Mesir.KAU Menangkanlah Islam Ya Allah. Bersabarlah dan bergembiralah wahai saudaraku. Sesungguhnya kamy syahid di jalan Allah. Allahuakbar.
Himpunan Aman Mengutuk Kekejaman Kudeta Mesir .
Yang dibunuh di Mesir adalah saudara kita. Airmata mereka adalah airmata kita. darah mereka adalah darah kita. Alhamdulilah. Tahniah penganjur munajat untuk Mesir petang hingga malam tadi. Sungguh kita telah menunjukkan sensitiviti masyarakat Malaysia. Event pun cantik. alhamdulilah berjalan lancar. #PrayForEgypt
Mungkin kita tak rasa kepedihan mereka di Mesir sana dan sbb itu juga kita seronok bergelak ketawa sedangkan mereka syahid demi agama. amek iktibar apa yang berlaku dekat mesir. ta mustahil malaysia pun boleh berlaku macam tu. minta jauh kan lah. allahu.
Ayat Al-Quran yang dimaksudkan adalah firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah (pula) bersedih hati. Dan kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) sekiranya kamu orang-orang beriman.” [Al-Imran : 139]
Ayat ini berkait rapat dengan peristiwa Uhud, ketikamana tentera Islam mula alpa dan leka di saat mereka sudah mula mendapatkan kemenangan, maka tentera kuffar ketika itu mengambil peluang untuk menyerang balas semula mereka sehingga ramai di kalangan mereka mengalami kecederaan termasuklah Rasul s.a.w. yang mengalami kecederaan yang teruk.
Ayat ini menjadi pemujuk dan sumber kekuatan agar orang-orang beriman tidak berundur dari perjuangan mereka meskipun mereka mengalami banyak kerugian dan ramai yang mati syahid.
Thursday, 15 August 2013
bersabarlah wahai hati
bismillahirrahmanirrahim . Tautan Hatiku Di Jalan Illahi,takkan pernah ku berundur walau selangkah.Ini matlamatku,ini tujuanku,ke negeri abadi inginku tuju ,kejayaan abadi inginku buru.Bertemu ALLAH dan Nabi SAW itu impainku.
Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.Tapi..kenapa hati kita tak gembira?
Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"
Apa masalah kita?
Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.
Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?
Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?
Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..
Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.
Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.
Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.
Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...
Wahabi Itu GOLONGAN Melampau, MAZHAB Yang Jahat, Keji dan Celaka
Bismillah.Segala puji bagi Allah s.w.t yang menghidup dan mematikan kita. yang memberi nikmat iman dan Islam. nikmat kedua sebagai umat nabi s.a.w. tidak lupa juga selawat dan salam keatas penghulu kita nabi Muhammad s.a.w, isteri-isteri baginda, keluarga baginda, para sahabat yang pemberani dan juga mereka-mereka yang mengikuti sahabt sehingga ke hari akhirat.
Amma Ba'du,
Ini adalah sebahagian petikan daripada kitab ‘Hadiqatu al-Azhar wa ar-Rayahin’, karangan seorang alim lagi terkenal di dalam dunia Melayu dan Islam, menguasai pelbagai bidang ilmu, mempunyai murid-murid yang tersohor, serta para guru termasyhur, Sheikh Ahmad al-Fathani. Sila tuan-tuan baca dengan teliti. Pihak penulis meletakkan tajuk dengan tanda […] berwarna biru bagi perenggan-perenggan yang sesuai. Insya-Allah, kitab akan di”scanned” kemudian.
[Wahabi Dari Kaca Mata Sheikh Ahmad Fatani]
“II. Dan setengah daripadanya fitnah taifah Wahabiyyah yang melampau mereka itu hingga merentah mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia. Dan mereka itu satu kaum yang mempunyai mazhab yang jahat dan jalan yang sesat dan i’tiqad yang mudarat.”
[Muhammad Ibn Abdul Wahhab Dari Kaca Mata Sheikh Ahmad Fatani]
“Dan adalah yang menghantar [penganjur] mazhab mereka itu yang keji dan yang meringkahkan dia, Muhammad anak Abdul Wahab dan asalnya daripada masyriq [timur: Najd] daripada Bani Tamim dan adalah permulaan pekerjaannya bahawa ia setengah daripada mereka yang menuntuti ilmu di negeri Madinatu al-Munawwarah ‘ala sahibiha afdalu as-salati wa as-salam.”
[Ulama’ Telah Pun Menjangkakan Kejahatan Muhammad Ibn Abdul Wahhab Dan Menghalang Orang Ramai Daripada Mengikut Beliau]
“Dan adalah bapanya laki-laki yang soleh, demikian lagi saudaranya. Dan adalah bapanya dan saudaranya dan sekelian guru-gurunya memfirasat mereka itu padanya bahawa sanya lagi akan jadi daripadanya sesat dan menyesat dan zaigh dan ilhad dari kerana barang yang diketahui oleh mereka itu daripada perkataannya dan perbuatannya dan bantah-bantahannya pada kebanyakan daripada beberapa banyak masalah. Maka adalah mereka itu menakutkan akan manusia hampir kepadanya. Maka tahqiq oleh Allah Ta‘ala akan firasat mereka itu.”
[Sikap dan Pegangan Penganut Ajaran Wahhabi Yang Menyesatkan Orang Ramai]
“Maka meringkah ia bagi dirinya akan mazhab yang sesat dan menyalahi ia akan segala imam agama dan menyesat ia akan segala yang jahilin dan mengkafirkan ia akan segala mereka yang tiada mengikut mazhabnya daripada mukminin. Dan menghukum ia dengan syirik mereka yang ziarah kan Qubur Nabi SAW dan auliya’ dan solihin, dan yang bertawassul dengan mereka itu. Dan mengharamkan ia akan berselawat atas Nabi SAW dan beberapa i’tiqad yang lain daripada demikian itu, dan bahawasa segala manusia telah kufur mereka itu daripada masa hijrah 600 tahun sehingga kepada masanya itu. Dan ialah yang membaharukan bagi mereka itu akan Islam mereka itu. Dan mentaklif [mengarang] ia bagi mereka itu beberapa risalah dan mendatang ia dengan beberapa ibarat da beberapa dalil atas fahamnya yang sesat dan aqalnya yang tebal. Dan mengkesamaran [meengelirukan] ia dengan demikian itu atas kebanyakan orang awam. Maka mengikut setengah mereka itu akan dia.”
[Wahhabi Berpakat Dengan Pemerintah dan Merampas Tanah Haram]
“Kemudian maka masuk ia kepada setengah raja-raja negeri masyriq dan diam ia di sisi mereka itu, mengaya-gaya [memujuk] ia akan mereka itu hingga tertipu daya mereka itu, maka menolong mereka itu akan dia. Dan tasallit [menguasai] mereka itu atas beberapa qaryah dan negeri hingga memerang mereka itu akan beberapa negeri yang besar-besar dan memilik mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia dan segala qura[kampong] keduanya.”
[Wahhabi Menghancurkan Kesan Sejarah Islam Dan Merompak Harta Umat Islam]
“Dan meroboh mereka itu akan segala qubbah tempat yang mulia-mulia dan kubur solihin, dan mengerasi mereka itu akan manusia atas masuk kepada mazhab mereka itu yang celaka. Dan merampas mereka itu akan segala pakaian Qubur Nabi dan segala barang yang di dalam qubbahnya yang maha mulia SAW dan segala barang di dalam Kaabah daripada segala perkakas dan perhiasan yang indah-indah.”
[Wahhabi Menawan Tanah Mekah]
“Dan masuk mereka akan Makkah pada tahun 1220. Dan telah menghasarkan [mengepung] mereka itu akan Makkah hingga lapar ahlinya dan makan setengah mereka itu akan anjing. Kemudian masuk mereka itu akan dia dan merentah mereka itu padanya 7 tahun. Dan adalah pada masa itu Daulah ‘Aliyyah Uthmaniyyah di dalam huru-hara yang amat sangat.”
[Kejatuhan Wahhabi - Pada Kali Pertama - Sebelum Kebangkitan Semula Selepas Perang Dunia Pertama]
“Kemudian keluar titah daripada Sultan kepada Muhammad Ali Pasha, Raja Masir dengan suruh memerangkan mereka itu. Maka diperangkan mereka itu hingga dibinasakan dan dihilangkan daulah mereka itu dan ditawankan raja mereka itu yang bernama Abdullah Ibnu Saud dan beberapa perdana menterinya dan dibawakan mereka itu ke Masir, kemudian ke Istanbul. Maka diarakkan mereka itu kemudian dibunuhkan mereka itu.”
ULASAN
* Kalaulah Sheikh Ahmad Fatani yang sempat melihat dan mendengar sendiri kebangkitan Wahhabi pada peringkat awal dan menghukum mereka dengan sesat, keji, celaka, melampau, jahat dan mudarat. Adakah kita yang tidak benar-benar mengenali sejarah Wahhabi dengan mudah membelakangkan kata-kata Syeikh Ahmad Fatani?!
*
* Dan apabila Wahhabi dapat menguasai semula Tanah Mekah dan Madinah selepas Perang Dunia Pertama (iaitu selepas kewafatan Sheikh Ahmad Fatani). Adakah kita sanggup menyokong Wahhabi yang telah ditolak oleh para ulama’ seluruhnya kerana mereka berkuasa pada hari ini?
*
* Adakah anda tidak bersetuju dengan kata-kata Sheikh Ahmad al-Fathani?!!! Kalau anda tidak bersetuju, maka anda masih belum mengenali beliau. Ini adalah kerana sekiranya anda mengenali dan membaca kisah hidup beliau, pasti anda tidak mampu menolak ulama’ seperti beliau.
*
* Fikir-fikirkanlah.
Sumber bagi teks: Kemerosotan Kerajaan Uthmaniyyah- Suatu Sorotan Berdasarkan Tulisan Syaikh Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fatani (1857- 1908) oleh Abdullah Zaidi Bin Hassan
Sumber asal dan bukti scan kitab boleh dirujuk di
http://al-ashairah.blogspot.com/2008/09/shaikh-ahmad-al-fathani-wahabi-itu.html
Amma Ba'du,
Ini adalah sebahagian petikan daripada kitab ‘Hadiqatu al-Azhar wa ar-Rayahin’, karangan seorang alim lagi terkenal di dalam dunia Melayu dan Islam, menguasai pelbagai bidang ilmu, mempunyai murid-murid yang tersohor, serta para guru termasyhur, Sheikh Ahmad al-Fathani. Sila tuan-tuan baca dengan teliti. Pihak penulis meletakkan tajuk dengan tanda […] berwarna biru bagi perenggan-perenggan yang sesuai. Insya-Allah, kitab akan di”scanned” kemudian.
[Wahabi Dari Kaca Mata Sheikh Ahmad Fatani]
“II. Dan setengah daripadanya fitnah taifah Wahabiyyah yang melampau mereka itu hingga merentah mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia. Dan mereka itu satu kaum yang mempunyai mazhab yang jahat dan jalan yang sesat dan i’tiqad yang mudarat.”
[Muhammad Ibn Abdul Wahhab Dari Kaca Mata Sheikh Ahmad Fatani]
“Dan adalah yang menghantar [penganjur] mazhab mereka itu yang keji dan yang meringkahkan dia, Muhammad anak Abdul Wahab dan asalnya daripada masyriq [timur: Najd] daripada Bani Tamim dan adalah permulaan pekerjaannya bahawa ia setengah daripada mereka yang menuntuti ilmu di negeri Madinatu al-Munawwarah ‘ala sahibiha afdalu as-salati wa as-salam.”
[Ulama’ Telah Pun Menjangkakan Kejahatan Muhammad Ibn Abdul Wahhab Dan Menghalang Orang Ramai Daripada Mengikut Beliau]
“Dan adalah bapanya laki-laki yang soleh, demikian lagi saudaranya. Dan adalah bapanya dan saudaranya dan sekelian guru-gurunya memfirasat mereka itu padanya bahawa sanya lagi akan jadi daripadanya sesat dan menyesat dan zaigh dan ilhad dari kerana barang yang diketahui oleh mereka itu daripada perkataannya dan perbuatannya dan bantah-bantahannya pada kebanyakan daripada beberapa banyak masalah. Maka adalah mereka itu menakutkan akan manusia hampir kepadanya. Maka tahqiq oleh Allah Ta‘ala akan firasat mereka itu.”
[Sikap dan Pegangan Penganut Ajaran Wahhabi Yang Menyesatkan Orang Ramai]
“Maka meringkah ia bagi dirinya akan mazhab yang sesat dan menyalahi ia akan segala imam agama dan menyesat ia akan segala yang jahilin dan mengkafirkan ia akan segala mereka yang tiada mengikut mazhabnya daripada mukminin. Dan menghukum ia dengan syirik mereka yang ziarah kan Qubur Nabi SAW dan auliya’ dan solihin, dan yang bertawassul dengan mereka itu. Dan mengharamkan ia akan berselawat atas Nabi SAW dan beberapa i’tiqad yang lain daripada demikian itu, dan bahawasa segala manusia telah kufur mereka itu daripada masa hijrah 600 tahun sehingga kepada masanya itu. Dan ialah yang membaharukan bagi mereka itu akan Islam mereka itu. Dan mentaklif [mengarang] ia bagi mereka itu beberapa risalah dan mendatang ia dengan beberapa ibarat da beberapa dalil atas fahamnya yang sesat dan aqalnya yang tebal. Dan mengkesamaran [meengelirukan] ia dengan demikian itu atas kebanyakan orang awam. Maka mengikut setengah mereka itu akan dia.”
[Wahhabi Berpakat Dengan Pemerintah dan Merampas Tanah Haram]
“Kemudian maka masuk ia kepada setengah raja-raja negeri masyriq dan diam ia di sisi mereka itu, mengaya-gaya [memujuk] ia akan mereka itu hingga tertipu daya mereka itu, maka menolong mereka itu akan dia. Dan tasallit [menguasai] mereka itu atas beberapa qaryah dan negeri hingga memerang mereka itu akan beberapa negeri yang besar-besar dan memilik mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia dan segala qura[kampong] keduanya.”
[Wahhabi Menghancurkan Kesan Sejarah Islam Dan Merompak Harta Umat Islam]
“Dan meroboh mereka itu akan segala qubbah tempat yang mulia-mulia dan kubur solihin, dan mengerasi mereka itu akan manusia atas masuk kepada mazhab mereka itu yang celaka. Dan merampas mereka itu akan segala pakaian Qubur Nabi dan segala barang yang di dalam qubbahnya yang maha mulia SAW dan segala barang di dalam Kaabah daripada segala perkakas dan perhiasan yang indah-indah.”
[Wahhabi Menawan Tanah Mekah]
“Dan masuk mereka akan Makkah pada tahun 1220. Dan telah menghasarkan [mengepung] mereka itu akan Makkah hingga lapar ahlinya dan makan setengah mereka itu akan anjing. Kemudian masuk mereka itu akan dia dan merentah mereka itu padanya 7 tahun. Dan adalah pada masa itu Daulah ‘Aliyyah Uthmaniyyah di dalam huru-hara yang amat sangat.”
[Kejatuhan Wahhabi - Pada Kali Pertama - Sebelum Kebangkitan Semula Selepas Perang Dunia Pertama]
“Kemudian keluar titah daripada Sultan kepada Muhammad Ali Pasha, Raja Masir dengan suruh memerangkan mereka itu. Maka diperangkan mereka itu hingga dibinasakan dan dihilangkan daulah mereka itu dan ditawankan raja mereka itu yang bernama Abdullah Ibnu Saud dan beberapa perdana menterinya dan dibawakan mereka itu ke Masir, kemudian ke Istanbul. Maka diarakkan mereka itu kemudian dibunuhkan mereka itu.”
ULASAN
* Kalaulah Sheikh Ahmad Fatani yang sempat melihat dan mendengar sendiri kebangkitan Wahhabi pada peringkat awal dan menghukum mereka dengan sesat, keji, celaka, melampau, jahat dan mudarat. Adakah kita yang tidak benar-benar mengenali sejarah Wahhabi dengan mudah membelakangkan kata-kata Syeikh Ahmad Fatani?!
*
* Dan apabila Wahhabi dapat menguasai semula Tanah Mekah dan Madinah selepas Perang Dunia Pertama (iaitu selepas kewafatan Sheikh Ahmad Fatani). Adakah kita sanggup menyokong Wahhabi yang telah ditolak oleh para ulama’ seluruhnya kerana mereka berkuasa pada hari ini?
*
* Adakah anda tidak bersetuju dengan kata-kata Sheikh Ahmad al-Fathani?!!! Kalau anda tidak bersetuju, maka anda masih belum mengenali beliau. Ini adalah kerana sekiranya anda mengenali dan membaca kisah hidup beliau, pasti anda tidak mampu menolak ulama’ seperti beliau.
*
* Fikir-fikirkanlah.
Sumber bagi teks: Kemerosotan Kerajaan Uthmaniyyah- Suatu Sorotan Berdasarkan Tulisan Syaikh Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fatani (1857- 1908) oleh Abdullah Zaidi Bin Hassan
Sumber asal dan bukti scan kitab boleh dirujuk di
http://al-ashairah.blogspot.com/2008/09/shaikh-ahmad-al-fathani-wahabi-itu.html
Monday, 22 July 2013
Ramadhan kali ini sangat bermakna .
bismillahirrahmanirrahim :) Segala puji bagi
Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita
terutama nikmat iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam ke atas
Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Mohonlah kepada
Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam
iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.
Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi.
Dengan rahmat dan kasih sayangNYA, kita masih berpeluang dan
berkesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini.
“Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala daripada Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Imam Bukhari)
“Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala daripada Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Imam Bukhari)
Mendengar hadis ini, siapa yang tidak tergugah imannya? Dan pasti mahu
berusaha untuk merebut kebaikan-kebaikan dalam bulan Ramadhan ini.
Hadirnya Cuma sebulan dalam setahun. Namun, pahala dan ganjarannya
terlalu besar untuk kita meraihnya.
Menyebut sahaja Ramadhan, antara perkara pertama yang akan terlintas di benak fikiran adalah mahu menghabiskan masa di Masjid . kali ini aku menghabiskan masa di masjid UIA. Uniknya ia, indahnya ia hanya benar-benar dapat dirasai oleh hati-hati yang pernah ke masjid ini.
Menyebut sahaja Ramadhan, antara perkara pertama yang akan terlintas di benak fikiran adalah mahu menghabiskan masa di Masjid . kali ini aku menghabiskan masa di masjid UIA. Uniknya ia, indahnya ia hanya benar-benar dapat dirasai oleh hati-hati yang pernah ke masjid ini.
Tahun
ni sambut ramadhan dengan sahabat2 . Sedih sangat ta dapat sambut
ramadhan dengan abah n ibu . Selalu nye tiap kali ramadhan dengan abah n
ibu . Hati ni rasa sayu je . Hem rindu abah n ibu . Semoga allah
menjaga orang tua ku .
Ramadhan
hadir hanya sekali dalam setahun namun pahala dan gajaran nye sangat
besar tuk kita raih .alhamdulilah maghrib tadi terus menuju ke masjid
UIA . Menjejak kaki di masjid ini suatu haruman yg mnusuk ke hidung
.sgrnya haruman itu .subhanallah indahnya kicauan burung2 yang
bertebangan bebas dalam masjid .
Pertama kali menyaksikan hal ini
berlaku burung2 itu juga trut meraikan kedtgan yang mulia
ni . dan kita gembirakah kita dengan kehadiranya ? Ataukah yang
terkeluar dari bibir kita ?"Alamak kena puasa . Ta dpt makan dan minum
dgn cuaca panas pulak tu" adakah ini ? Jika ini hati kita belum
mengetahui makna dan hakikat sbnr ramadhan , jgn penah mengeluh tetapi
bahagialah dan rebutkan kebaikann2 yang allah sediakan dlm bln ramadhan .
Bukan ke semua pahala tuk kita ? Bkn kah dlm nya ada mlm lailatul qadar
tuk dicari ?
Yg lebih baik dri seribu bulan .bkn ke setiap doa dan
permintaan org yg berpuasa itu akan dimakbulkan ? Nah apalagi yang
kurangnya ? Hanya saja allah allah memerintah kita berpuasa! Adakah
kebaikan itu telah terpadam dripada motivasi kita . Mari sama2 kita
baharui niat dan azam kita dlm ramadhan yang allah beri kpd kita .
Kesempatan itu nikmat allah kan . Berpuasa dgn sbnr2nya puasa dan tdak
skadar menahan lapar dan dahaga . Gandakan amal2 kebaikan . Insyallah .
Subhanallah
. Indahnya masjid UIA . Hari ni rabu bersamaan 1 ramadhan merupakan
hari yang lebih gembira bg aku . Alhamdulilah dapat berterawih berjemaah
.menjadi makmum kpd imam2 yg hebat . Dpt mengeratkan ukhwah dengan kwn2
dri negara lain , indahnya ukhuwah islamiyah . Terharu mlihat mnusia
berpusu2 mengingati allah . Alhamdulilah
Mari kita renung sejenak hadis Rasulullah s.a.w. ini:
Rasulullah Saw menaiki mimbar (untuk berkhotbah). Menginjak anak tangga (tingkat) pertama beliau mengucapkan, “Aamin”, begitu pula pada anak tangga kedua dan ketiga. Seusai shalat para sahabat bertanya, “Mengapa Rasulullah mengucapkan “Aamin”? Beliau lalu menjawab, “Malaikat Jibril datang dan berkata, “Kecewa dan merugi seorang yang bila namamu disebut dan dia tidak mengucap shalawat atasmu” lalu aku berucap “Aamin.” Kemudian malaikat berkata lagi, “Kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk surga.” Lalu aku mengucapkan “aamin”. Kemudian katanya lagi, “Kecewa dan merugi orang yang berkesempatan (hidup) pada bulan Ramadhan tetapi tidak terampuni dosa-dosanya.” Lalu aku mengucapkan “Aamin.” (HR. Ahmad)
Sahabat, ayuh kita memperbaharui niat dan azam kita. Berpuasa dengan sebenar-benar erti puasa dan tidak sekadar menahan diri daripada makan dan minum. Gandakan ibadah dan amal-amal kebaikan. Semoga dengan selesainya Ramadhan ini, kita beroleh kemenangan dan darjat orang-orang yang bertakwa تتقونلعلكم .
Ameen ya Rabb..
Rasulullah Saw menaiki mimbar (untuk berkhotbah). Menginjak anak tangga (tingkat) pertama beliau mengucapkan, “Aamin”, begitu pula pada anak tangga kedua dan ketiga. Seusai shalat para sahabat bertanya, “Mengapa Rasulullah mengucapkan “Aamin”? Beliau lalu menjawab, “Malaikat Jibril datang dan berkata, “Kecewa dan merugi seorang yang bila namamu disebut dan dia tidak mengucap shalawat atasmu” lalu aku berucap “Aamin.” Kemudian malaikat berkata lagi, “Kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk surga.” Lalu aku mengucapkan “aamin”. Kemudian katanya lagi, “Kecewa dan merugi orang yang berkesempatan (hidup) pada bulan Ramadhan tetapi tidak terampuni dosa-dosanya.” Lalu aku mengucapkan “Aamin.” (HR. Ahmad)
Sahabat, ayuh kita memperbaharui niat dan azam kita. Berpuasa dengan sebenar-benar erti puasa dan tidak sekadar menahan diri daripada makan dan minum. Gandakan ibadah dan amal-amal kebaikan. Semoga dengan selesainya Ramadhan ini, kita beroleh kemenangan dan darjat orang-orang yang bertakwa تتقونلعلكم .
Ameen ya Rabb..
Monday, 24 June 2013
salahkah aku berubah ?
Dimulakan dengan
menyebut, membesarkan dan menyampaikan nama ALLAH S.W.T Yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani. DIAlah yang Maha Mengetahui dan Berkuasa
di atas setiap sesuatu. Segala puji hanyalah untuk-NYA Tuhan semesta
alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w
tercinta. Betapa suci dan murninya perjuangan baginda dan para sahabat
sehingga Islam akhirnya sampai kepada kita .
Entah kenapa malam ni . aku terasa sangat sedih dan sedih . kenapa masa silam mesti diungkit . kenapa ta boleh na percaya siapa aku sekarang . kenapa perlu menceritakan siapa aku . Mengapa ia hadir ,
hanya Allah yang mengerti . Sebaknya hati ini tatkala mengingatkan
kejahilan lampau. Betapa besarnya keagungan Dia , kebesaranNya, sehingga
aku menjadi siapa aku pada hari ini . Tetapi harus aku kuat untuk
jalani kisah ini sehingga detik roh berpisah dari jasad . "nak jadi baik ni memang banyak halangan kan", kata seorang sahabat...hummm".. tu je yang mampu aku kata sambil tersenyumkenapa senyum? aku serius ni.sabar, aku senyum sebab apayang kau kata tu memang betul. langsung ta de salah kat mana-mana pun.tu
la pasal, aku tahu la aku ni bukannya baik pun. tapi tu dulu, sekarang
ni aku dah berubah, aku dekatkan diri aku dengan Allah, tapi bila aku
buat tu, ade je yang perli aku. aku bukannya nak jadi ustazah, aku cuma
nak baiki diri aku je .
Aku tak layak langsung nak bercerita pasal agama ni. Tapi disebabkan
menyebarkan agama dan berjihad tu ialah tugas setiap muslim dan muslimat
yang hidup di dunia, maka aku wajib mengikhlaskan diri untuk berdakwah.Bukan orang yang berpurdah, berkopiah, berjubah je yang boleh berdakwah.
Setiap orang boleh berdakwah. Sedangkan orang yang masih penuh dengan
dosa pun wajib ingatkan orang lain.Sebab tu, tak ada alasan untuk kita tak berubah dan mencari keredhaan
dari Allah. Jangan lah sombong sangat awak. Kita ni asal pun dari Allah.
Reti lah malu sikit ya :') Aku. Dulu aku sama macam korang. Remaja. Dan aku pun sekarang masih
remaja hakikatnya. Aku. Dibesarkan dalam keluarga yang bukan asalnya
alim ulama. Aku mengaku tu. Aku dibesarkan dalam keadaan yang sederhana.
PAKAI TUDUNG. JAGA AURAT. Tu je aku tahu dulu. aku juga pernah berfashion seperti korank . tapi ta perlu lah ungkit kisah silam aku . siapa aku dulu ta perlu diungkit2 . Bila Allah bagi kita peluang untuk berubah, Dia buka hati kita. Saat tu.
Saat tu ialah saat yang paling bahagia :'D Ya Allah.... teringin sangat
nak tengok kawan2 lain pun ikut sama berubah. Takpe,slow2. Aku tahu
bukan mudah.Aku menangis bukan bermakna aku lemah, tapi sebab aku dah kuat terlalu lama.
berhenti menghukum aku . berhenti mengata aku . semoga kepada orang yang mengungkit kisah silam aku dibuka hati . Kalau awak masih belum dibuka pintu hati oleh Allah, in shaa Allah satu
hari pasti terbuka. Macam aku. Aku dulu seorang yang sangat jahil. Jauh
hina dari muslimah yang lain. Sedangkan sekarang pun aku masih hina,
apa lagi dulu. Ya. Banyak kenangan pahit aku pernah rasa dulu.aku lebih tenang walaupun ketika aku susah dan sedih. Sebab aku tahu.
Setiap apa yang berlaku, semua rancangan Allah yang kita semua tak tahu.
Buat apa nak mogok? buatpa nak salahkan Allah? Buatpa nak maki2 kata
Allah tak adil? Ingat balik.... APA TUJUAN KITA HIDUP DI BUMI ALLAH.
Dalam
perjalanan ini , kita pasti akan diuji . Semakin kita ingin mendekatkan
diri kepada ALLAH , semakin berat ujian yang akan hadir . Kadang-kadang
ujian itu hadir jua tanpa kita sedar . Setiap manusia yang Allah cipta
sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang
sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah
ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri . Allah uji
dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji
seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada
Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang
mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang
bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri . Tanpa kita sedar
, ujian juga mampu mematangkan kita .
Hakikatnya
, suatu masa dahulu , tidak pernah ku terfikir hidupku akan berubah
menjadi seperti hari ini . Segala puji bagiNYA . Dialah yang berkuasa
atas segala sesuatu . Bila Dia mengkehendaki sesuatu itu terjadi , maka
cukuplah Dia berkata jadi , maka jadilah ia . Inilah nikmat yang
terbesar yang akan ku syukuri sehingga nafas terakhirku , iaitu nikmat
iman dan nikmat islam . Cukuplah Allah bagiku , cukuplah DIA sebagai
pelindungku . Cukuplah dengan dakapan cintaNYA membuatku rasa bahagia
dan tenang . Pelbagai
juga dugaan yang mendatang bila ingin berubah ke arah yang lebih baik ,
pelbagai tohmahan yang ieka dapat , ada kawan-kawan yang mula makin
menjauh , yang bersangka buruk . Kadang-kadang ada orang yang tak
percaya aku dah berubah , malah gelakkan aku . Kadang-kadang juga kena
perli . Kadang-kadang , terfikir , adakah aku tidak layak untuk menjadi
baik ? Sedih sangat , tapi ieka kuatkan diri agar tidak goyah . Bukan
senang nak bermujahadah ,kerana syurga itu sangat lah indah . Tetapi
alhamdulillah , selepas itu ALLAH gantikan dengan sahabat-sahabat yang
sama-sama mengejar redha ALLAH . Subhanallah , indah sangat ukhwah
kerana ALLAH . Tetapi ada juga yang sangat-sangat gembira dengan
perubahan ieka . Alhamdulillah , mereka juga sedang berusaha untuk
mengubah diri . Segala Puji bagi ALLAH.
Ya
, perjalanan hidup aku . Tiba-tiba aku terfikir siapa aku daripada
sebelum berhijrah dan siapa aku selepas berhijrah . Allahu Akbar ,
terasa air mata ingin mengalir menyentuh pipi . Tidak pernah diri aku
termimpi atau terfikir untuk berada di kalangan orang yang soleh dan
solehah . Tidak pernah diriku terfikir untuk berada di sisi seseorang
yang bergelar " Hafizah al-Quran " .Tak pernah diriku terfikir untuk
sentiasa menghadiri kuliyah dan majlis bersama para ulama' . Tak pernah
diriku terfikir untuk lebih belajar mendalami ilmu agama . Tiba-tiba
terasa air mata mengalir mengenangkan kejahilan lampau . Tapi , buat apa
untuk aku menangisi perkara lampau yang telah menjadi sejarah hidup ?
Hati berbisik " Jadikanlah pengalaman dan sejarah silam itu sebagai satu
kekuatan untuk kamu berubah menjadi lebih baik " . Sesungguhnya , tiada
orang yang tak punya sejarah hidup , dan tiada orang baik yang tidak
punya masa silam .Perasaan hina diri dan kerdil itu sering menyapa . Terasa diri kerdil
sekerdilnya . Mereka yang berada di sekelilingku terdiri dari yang
tinggi ilmunya , terdiri dari bakal hafiz hafizah al-Quran ,
Subhanallah , siapalah diriku berbanding dengan mereka ? Aku hanya hamba
Allah yang baru sahaja untuk kembali ke jalanNYA . Aku hanya hamba
Allah yang baru sahaja berusaha untuk menjadi solehah .
Semakin
diriku ingin mendekati jalan yang benar , semakin terasa ujian menyapa .
Wahai diri , ingatlah , Jalan ke syurga itu dipenuhi hamparan duri-duri
sering kali diri akan terluka kerana tertusuk duri-duri ujian . Sering
kali jua air mata akan menjadi peneman setia . Kekasihku yakni Rabbku
setia bersamaku ketika susah dan senang . Hanya DIA yang memahami apa
yang berada dalam hati . Diberinya ujian kerana kasihNya padaku .
Bagaimana pula harusku berputus asa ? Sedangkan DIA kekasihku tidak
pernah berputus asa untuk memberiku ganjaran pahala . Wahai diri ,
ketahuilah sesusah dan seduka manapun ujian di dunia . Semua itu TIDAK
KEKAL . Apa yang penting , fikirkan kemana dan bagaimana destinasi kamu
yang terakhir dan kemanakah matlamat kamu .
apa yang boleh aku katakan pedulikan
masa silam yang telah menjadi sejarah lampau , apa yang penting adalah
masa yang akan datang . Binalah masa hadapan yang baik , carilah saham
akhirat dari sekarang . Mati itu dekat , bila-bila masa sahaja ia bakal
menyapa . Sanggupkah kita jika dijemput ILAHI dengan keadaan Allah murka
? Nauzubillahminzalik . Pejamkan mata , fikir sejenak . Adakah kita
pasti yang masih ada lagi hari esok untuk kita ? Hakikatnya , tiada
siapa pun tahu adakah sejam kemudian mereka masih mampu bernafas seperti
saat ini . Manfaatkan lah masa yang ada dengan sebaik-baiknya . Jangan
kelak , kamu menyesal di akhirat sana . Ketika itu walaupun kamu
menangis sehingga keluar air mata darah sekalipun , masa tidak akan
mampu berulang kembali .
Tika aku
keseorangan, tika aku sendiri, baru aku kenal akan cintaMU , baru aku
kenal akan kebaikan . Ya Allah, apa yang telah diri ini lakukan ? Ya
Rabb, beratnya dosa-dosa ini . Layakkah aku untuk menjadi solehah di
sisiMu :( . Insaflah wahai diri dan hati, terkadang jiwa yang terleka
perlu diketuk dengan tazkirah dan doa, agar tidak terus disalut dosa
demi dosa . Taburilah doa kalian buat diriku , cuma itu yang aku pinta
... aku
akui hakikat diri yang juga lemah :( , tidak bermakna diriku yang
berkata-kata ini sudah sempurna , hakikatnya hanya ALLAH sahaja yang
mengetahui . Tetapi sekurang-kurangnya dengan penulisan ini mampu
membuat diriku lebih bersemangat dan termuhasabah. Orang mungkin akan
nampak kita sentiasa tabah ,tetapi hanya DIA yang lebih mengetahui
sejauh mana ketabahannya :) Apa yang terzahir tidak semestinya benar .
Nilailah sesuatu itu dengan hati , dengan pandangan ALLAH dan RASUL .
Alhamdulillah
, Alhamdulillah , Alhamdulillah . aku gembira dengan siapa aku hari
ini . Sangat bersyukur kepadaMU YA ALLAH . Terima kasih atas hidayah dan
petunjukMU . Tidak akan aku sia-siakan . Bantulah aku YA ALLAH untuk
sentiasa kekal istiqamah . Sesungguhnya Kaulah yang berkuasa atas segala
sesuatu . Ampunilah segala-gala dosaku . Kini aku bersujud dan
menyerahkan diriku kepadaMU . Aku mengaku berdosa .............. . Kini
aku bangkit , bangkit untuk menegakkan agamaMU . Untuk berusaha
bersama-sama mengajak sahabat-sahabat agar juga kembali mencari
ketenangan yang abadi . Iaitu , dengan cara , kembali kepadaMU .
Permudahkanlah urusanku . Bantulah hambaMU yang serba kekurangan dan
hina ini . Jika aku mati , matikan aku dalam keadaan beriman dan
bertakwa kepadaMU . Matikan aku dalam keadaan menegakkan agamaMU . Amin
Allahumma Amin .
Sunday, 23 June 2013
Tidakkah kita terfikir bahawa jerebu itu merupakan bala dari ALLAH?
RAKYAT Malaysia seluruhnya – Islam dan bukan Islam - hendak bersabar dan insaf akan ujian dan bala jerebu dari Allah yang melanda beberapa negeri sejak dua tiga hari ini.
Bala tsunami sehari selepas Hari
Natal beberapa tahun dulu datang dengan tiba-tiba, mangsa tidak sempat
berfikir, dan mangsa yang selamat saja dapat menginsafinya hingga
bertahun-tahun. Bala jerebu ini dialami oleh semua memberikan banyak
masa kepada manusia mengisafinya.
Secara mudah ia berpunca dari kebakaran besar hutan di Sumatera dan di negara kita sendiri.
Saya mengaku ia penyebabnya. Tetapi pada keseluruhannya jerebu ini
adakah bala Allah kepada orang-orang yang ada di negara ini baik
penduduk tetap mahu pun orang-orang yang datang bertandang yang
masing-masing lupa kepada Allah.
Ia adalah ingatan dan amaran dari Allah. DitakdirkanNya ada orang
Indonesia sengaja atau tidak sengajar menyebabkan terbakar hutannya.
Yang anihnya kebakaran itu berlaku di Sumatera.
Malaysia terkepung dari barat dan dari timur. Seolah-olah asapnya mahu
memerangkap Malaysia. Walau dari mana saja angin bertiup asapnya akan ke
Malaysia juga.
Dalam tahun 1990an sudah berlaku jerebu
yang tebal di Malaysia. Almarhum Dato FAdzil Noor dalam satu ceramahnya
semasa jerebu itu menyebutkan kisah bumi berasap yang disebut dalam al-Quran. Beliau memberitahu bahawa ia adalah bala dari Allah kerana angkara maksiat dan penderhakaan manusia kepada Tuhannya.
Manusia lupa kepada Allah dan menolak segala yang ditentukan oleh Allah.
Maka Allah yang sayang kepada Malaysia kerana di kalangan rakyatnya
masih ada ulama yang mahukan peraturan Allah datangkan jerebu sebagai
satu ingatan supaya rakyat dan Negara keseluruhannya kembali kepada
peraturan Allah.
Allah tidak datangkan gempa bumi atau tsunami seperti di Aceh atau
lain-lain bala yang menyebabkan rakyatnya mati bergelempangan. Ia
datangkan bala yang tidak mematikan penduduknya serta merta, tetapi
jerebu yang boleh mendatangkan penyakit, ia tidak mati segera dan serta
merta, tetapi dengan penyakit itu boleh juga menyebabkan akhirnya ramai
mati.
Tetapi bala jerebu ini cukup untuk menyedarkan manusia bahawa ia adalah
ujian gerangan kemurkaan Allah, maka bagi mereka yang mahu berfikir,
mereka sewajarnya insaf dan menerima segala perintah Allah.
Dalam sepanjang sejarah dunia, ingatan bala itu bukan sekadar ditujukan
kepada umat Islam, tetapi banyak ditujukan kepada orang yang tidak
beriman. Banjir di zaman Nuh, gempa ribut di era Hud dan Saleh, bumi
terbalik di zaman Lot dan Firun ditenggelamkan di Laut Merah serta
Namrud diserang nyamuk di otaknya adalah balasan kepada orang yang
engkar langsung terhadap Allah.
Setiap kali bala ia memusnah orang engkar dan digantikan dengan mereka
yang bersyukur. Moga-moga bala jerebu itu datang membawa peringatan.
Selepas itu wajarlah penghuni dunia kita ini insaf dan tunduk kepada
perintah Allah.
Jadilah masing-masing orang yang bertaqwa. Caranya ialah seperti yang
dianjurkan oleh ayat dua surah al-Bakharah yang bermaksud ‘Inilah kitab –
al-Quran - tidak syak lagi adalah paduan orang yang taqwa.’
Orang yang taqwa
ialah orang yang berpandu kepada al-Quran. Orang yang berpandu kepada
al-Quran ialah orang yang taqwa. Yang tidak berpandu kepada Al-Quran sah
tidak taqwa dan orang yang tidak taqwa sah tidak mahu berpandu kepada
al-Quran.
Jerebu sekarang adalah bala. Sah ia bala. Tetapi apakah kesalahan orang Malaysia?
Tidak mudah untuk menyatakan satu-satu kepada umum apakah keengkaran
orang Malaysia seperti yang dilakukan oleh para rasul kepada umatnya.
Para rasul adalah senang kerana ia tidak mengiktiraf kepercayaan dari
Islam kerana agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam.
Malaysia mengiktiraf semua agama. Ini saja sudah tidak sama dengan
kemahuan semua rasul. Rasul mengajak semua penduduk supaya menyembah
Allah, tinggalkan semua sembahan lain. Rasul-rasul menyeru kepada
meenrima agama Allah, tinggalkan agama lain. Dirikan solat, tunai zakat.
Sejak zaman Adam lagi Allah bagi tahu agama Allah dan jalan Allah ialah
Islam. Nama Islam itu tidak boleh ditukar seperti ada Islam Arab ada
Islam Banggali. Ada Islam putih ada Islam hitam, ada Islam kampung iaitu
Badawi atau ada Islam maju iaitu hadhari.
Yang takut kepada Islam saja itu mengapa dan siapa?
Oleh kita semua adalah hamba yang lemah dan tidak sunyi dari dosa, maka banyaklah dosa kita. Apakah dosa kita?
Tidak taat kepada ibu bapa, tidak didik
anak-anak dengan pendidikan yang Allah tentukan, berhutang tak bayar,
rasuah dan subahat dengan rasuah, tak berjudi tetapi membenarkan judi,
tidak makan riba tetapi membiarkan riba, bila Yahudi dan Amerika kata
Islam pengganas, maka kita pun kata pengganas juga.
Dosa manusia memang banyak. Selain dari mencuri, mengumpat, minum arak,
berzina, makan riba, kerja curi tulang dan sebagainya, tetapi yang
paling besar kejahatannya ialah menghalang hamba Allah membuat
kerja-kerja Islam. Kalau orang yang menghalang kaki tangan kerajaan
menjalankan tugasnya boleh dihukum, maka orang yang menghalang umat
membuat kerja-kerja Islam adalah lebih teruk dari menghalang pegawai
menjadikan tugasnya.
Ketika rencana ini ditulis, beberapa kawasan Johor dan Melaka sudah
layak dikategorikan sebagai sangat tidak sihat. Demikianlah teruknya
bala jerebu.
Lazimnya apabila kita berdepan dengan bala maka kita berdoa dan solat
hajat minta Allah hapuskan bala yang dihahdapi itu. Apa yang pemimpin
wajar lakukan ialah mengajak umat sekalian menyatukan hati kembali
kepada cara agama Islam supaya Allah mengkabulkan doa kita dalam kes
jerebu ini, maka moga-moga segera berakhirlah jerebu.
Yang kita boleh ajak adalah orang kita saja yang seaqidah dengan kita.
Kita tidak mewakili kepercayaan orang lain dan kita tidak boleh anjur
atau suruh orang lain buat itu dan buat ini. Allah benarkan kita
bercakap tentang agama kita saja. Yang ada solat hajat hanya kita. Yang
nazarnya diterima hanya kita. Maka kita buat apa yang kita nak buat.
Lain-lain kepercayaan adalah urusannya. Kita tidak boleh
campur
dan kita tidak buat apa-apa. Kita dengan agama kita, maka kita mintalah
apa saja. Apabila Allah kabulkan doa dan solat hajat kita, maka semua
orang akan dapat nikmat dari amal ibadat kita, maka moga-moga orang akan
terima kepercayaan kita.
Tetapi sekadar berdoa dan solat hajat saja tidak cukup. Selain dari doa dan solat hajat, yang lebih penting ialah kembali kepada cara hidup Islam. Sekadar solat hajat, tetapi lepas itu lupa juga kepada Allah, maka jerebu itu tidak memberi apa-apa ingatan.
Monday, 3 June 2013
cerita baru .
assalamualaikum . dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani , alhamdulilah masih sempat aku mencoret kan cerita di blog . ni blog saya yang kedua . blog pertama saya telah dihapuskan untuk selamanya . blog dimasa zaman jahiliah ku . skunk aku dengan penghijrahan baru . tapi zaman jahiliah masih menghantuiku lagi .
Masa Silam VS Masa sekarang .
Okay , sebenarnya hal ini banyak orang bertanyakan aku, bagaimana mahu
lupakan perkara silam kita ? Bagaimana nak move on tanpa kita ingat
sejarah-sejarah lepas ? Okay , kadang-kadang perkara ini pun selalu
menghantui aku selalu terlintas di benak fikiran . Pertama-tamanya ,
ucapkanlah syukur kepada ILAHI kerana DIA memberi peluang untuk kita
kembali dari mimpi yang menghanyutkan , dan menyelamatkan kita dari tipu
daya dunia , sedangkan lihat , berapa ramai lagi yang masih tidak sedar
akan hakikat hidup yang sebenar . Bersyukur dan jangan terlampau senang
dan berlapang dada . Kerana apa ? Kerana syaitan itu licik ! Semakin
kita ingin mendekati jalan yang benar ,semakin giat syaitan terkutuk
berkerja ~
Sahabatku
, ketahuilah . Sejauh mana kita berusaha untuk melupakan masa silam ,
segigih mana pun kita ingin membuang kenangan lampau ia TIDAK AKAN
PERNAH BERJAYA ! Kerana apa ? Kerana ia adalah sebahagian SEJARAH HIDUP
kita . Sejarah tetap sejarah . Masa silam tetap masa silam . Tak salah
jika kita mengimbau kenangan masa silam , asalkan kita jadikan ia
sebagai satu sempadan dan iktibar untuk hidup kita . Mengingati masa
silam bukan bermakna kita ingin kembali kepada kenangan itu . TIDAK SAMA
SEKALI . Sekurang-kurangnya apabila kita mengingati masa silam dan
melihat masa sekarang , kita akan tersedar akan kekuasaan ALLAH .
Bagaimana indah DIA mengatur hidup kita ? Betapa cantiknya takdir yang
telah DIA tetapkan ? Siapa sangka kehidupan kita berubah seperti hari
ini ? Tetapi tiada yang mustahil bila DIA mahu perkara itu terjadi .
Jangan
bersedih apabila memandang masa lalu , lipatlah masa lalu dan kurunglah
ia di dalam penjara , mengikatnya dengan tali yang kuat agar ia tidak
terlepas lagi dari memandang cahaya .Tetapi ingat , segigih mana pun
kita mencuba untuk melupakan , sedikit sebanyak kita tetap akan
mengingatinya.Tetapi , janganlah kamu risau , kerana ia hanyalah
sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir . Jangan
pernah kamu kembali pada masa silam yang kelam setelah kamu menemui
cahaya yang indah yang ditemani pelangi yang mewarnai hidup . Dengan
kembali kepada masa lalu setelah kamu menemui jalan yang benar itu
bererti kamu akan kembali merasakan keresahan , masa lalu tak ubahnya
seperti api yang terus membakar dan seolah-olah kita melemparkan diri
kita semula ke masa lalu dan membakar diri kita sendiri . Ini terlalu
menakutkan dan menyedihkan . Kembali kepada masa lalu juga hanya akan
merosakkan suasana dan sekaligus menyia-nyiakan perjuangan yang selama
ini yang telah kita lakukan.
Yang
berlalu biarkan berlalu dan jangan biarkan ia berulang kembali . Tidak
ada manfaatnya memutar kembali roda sejarah . Orang yang berusaha
kembali kepada masa lalu setelah penghijrahannya adalah tidak ubah
seperti orang yang menyerahkan dirinya sendiri kepada api yang membakar .
Seboleh
mungkin jangan pernah kita melihat masa lalu . Ya , kita tak mungkin
mampu memadamkannya , tetapi berusahalah untuk tidak memandangnya . Kita
sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajah kita ke
belakang untuk melihat apa yang telah lepas , kerana angin akan terus
berhembus ke depan , air juga akan terus mengalir ke depan , kita
berjalan juga menuju ke hadapan . Janganlah kerap memandang masa lepas ,
janganlah kamu berpatah semula .Apabila kita berada di pagi hari ,
janganlah pula kita menunggu waktu petang , kerana hari ini adalah
kesempatan untuk kita terus mara untuk hidup sebagai khalifah di bumi
Allah . Kerana itu kita tidak perlu memikirkan hari semalam yang telah
berlalu, tidak kiralah dengan segala kebaikan atau keburukan yang
menghiasinya . Teruskanlah langkah kaki ke hadapan tanpa melihat
kenangan lampau . Berusahalah untuk menjadi khalifah yang terbaik di
kalangan yang terbaik .
Tetapi
ingat ! Jangan terlampau senang dengan keadaan sekarang , kerana kita
tidak akan pernah tahu apa yang akan mendatang . Berdoa dan terus berdoa
agar kita kekal istiqamah berada di jalanNYA .
Wahai
diriku yang hina , dan wahai sahabat-sahabatku yang ku kasih .
Tuntunlah diri kamu dengan wahyu ILAHI dan bukannya dengan bisikan
syaitan terkutuk ~
Sampai
di sini sahaja yang mampu hati ini coretkan . Terimalah apa sahaja yang
baik , dan abaikanlah apa yang buruk . Sesungguhnya setiap apa yang
baik itu semuanya adalah dari ALLAH S.W.T . Tanpa anugerahnya tak mampu
untuk diri yang hina ini mencoretkan bait-bait ayat ini buat diri
sendiri dan sahabat semua . Suka untuk saya ingatkan , tidak semestinya
saya yang berkata-kata ini sudah yang terbaik , jauh lagi sempurna ,
kerana pada hakikatnya saya juga sedang merubah diri . Sama-sama kita
memimpin , sama-sama kita berjuang dan bukannya saling menjatuhkan .
Salam kasih dan sayang dari hamba Allah yang serba kekurangan . Semoga
Allah menyentuh hati-hati kita dengan kasih sayang dan rahmatNYA .
Insyaallahu Ta'ala ~
Subscribe to:
Posts (Atom)