Doa itu senjata utama. Doakan saudara kita di Mesir. Allah beri mereka musibah besar dan insyaAllah dapat ganjaran di Syurga. we support DR MOHAMED MORSI .
Perjuangan untuk menegakkan kebenaran tidak akan sentiasa mudah. Jalannya tidak dibentang karpet merah apalagi dihidang dengan anggur dan buah-buahan enak bagaikan para pembesar di istana. Bahkan, jalannya sentiasa akan dicabar dan diuji dengan pelbagai macam mehnah dan kesusahan.
Manusia bukan robot. Sekali-sekala berada dalam perjuangan sedemikian, ia pasti diuji dengan rasa lemah dan sedih . Rasa lemah kerana kehilangan orang tersayang. Sedih kerana keluarga kesayangan telah syahid dalam perjuangan. Rasa lemah kerana diri cepat betul lalai ketika berseorangan. Rasa sedih kerana orang-orang yang lemah dan tidak bersalah terus-menerus dizalimi. Rasa lemah kerana memikirkan keterbatasan dan kemampuan diri. Rasa sedih kerana dunia muslim yang bergolak dan ramai pula muslim yang murah maruah dirinya.
Rasa lemah kerana usaha dakwah kita dikritik dan dihentam oleh orang. Rasa sedih kerana dakwah tidak bersambut.
Lantas, apakah dengan rasa sedih dan rasa lemah ini kita akan berhenti daripada meneruskan jejak perjuangan kita selama ini? Apakah rasa sedih dan lemah kerana ujian yang kita hadapi ini akan membunuh semangat dan kesungguhan kita dalam berjuang?
Duhai saudara ku di Mesir. Duhai darah daging seagamaku. Tabahlah. Dirimu bakal ketemu Syurga. Apa yang lagi hebat daripada itu .Sabarlah. Innalilla wainna ilaihirojiun ... Al_Fatihah buat saudara mudlimin dn muslimat yg gugur jihat .
Kita tidak akan pernah tahu apakah hasil di hujung perjuangan itu. Kita memang mengharapkan kemenangan akhir adalah milik Islam, tetapi kita tidak akan pernah tahu apakah ketika kemenangan akhir itu dicapai, ia berlaku di zaman kita atau di zaman-zaman selepas kita.
Sebab itu, janganlah merasa lemah dan dukacita andai perjuangan kita sekarang tidak menampakkan hasil kemenangan yang besar. Kerana perjuangan Islam ini bersifat nafas panjang, maka kalau pun kemenangan itu tidak dicapai di masa kita, sekurang-kurangnya kita menjadi salah satu penyebab ke arah kemenangan itu yang mungkin berlaku pada zaman selepas kita.
Tetaplah terus mara ke depan. Allah dah janji. Bunuhlah macam mana pun, Islam takkan hilang didunia. Allah akan menjaga Islam sehingga hari kiamat. #PrayforEgypt
Yallah ku memohon padamu bantulah muslimin yg menegakan kalimah mu ..hanya air mata menjadi saksi kesedihan melihat pembunuhan di mesir . allahuakbar :'( . terus mara wahai pejuang islam.ujian ni utk org beriman..inshaAllah kmngan milik islam! Ya Allah Kau menangkan Islam di seluruh dunia. Kuatkan hati hambamu untuk berjuang dijalan-Mu . ya Allah bantulah saudara kami yang sedang dizalimi di mesir . allahuakbar :'( . Ya Allah.ALLAHU AKBAR!! berikan kekuatan kepada umat Islam. Musnahkanlah mereka yg menentang Islam dengan azabMu sekeras-kerasnya ya Allah. Ya Allah.Aku tak sanggup tengok apa yg berlaku di Mesir, KAU bantulah saudara2 kami di Mesir.KAU Menangkanlah Islam Ya Allah. Bersabarlah dan bergembiralah wahai saudaraku. Sesungguhnya kamy syahid di jalan Allah. Allahuakbar.
Himpunan Aman Mengutuk Kekejaman Kudeta Mesir .
Yang dibunuh di Mesir adalah saudara kita. Airmata mereka adalah airmata kita. darah mereka adalah darah kita. Alhamdulilah. Tahniah penganjur munajat untuk Mesir petang hingga malam tadi. Sungguh kita telah menunjukkan sensitiviti masyarakat Malaysia. Event pun cantik. alhamdulilah berjalan lancar. #PrayForEgypt
Mungkin kita tak rasa kepedihan mereka di Mesir sana dan sbb itu juga kita seronok bergelak ketawa sedangkan mereka syahid demi agama. amek iktibar apa yang berlaku dekat mesir. ta mustahil malaysia pun boleh berlaku macam tu. minta jauh kan lah. allahu.
Ayat Al-Quran yang dimaksudkan adalah firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah (pula) bersedih hati. Dan kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) sekiranya kamu orang-orang beriman.” [Al-Imran : 139]
Ayat ini berkait rapat dengan peristiwa Uhud, ketikamana tentera Islam mula alpa dan leka di saat mereka sudah mula mendapatkan kemenangan, maka tentera kuffar ketika itu mengambil peluang untuk menyerang balas semula mereka sehingga ramai di kalangan mereka mengalami kecederaan termasuklah Rasul s.a.w. yang mengalami kecederaan yang teruk.
Ayat ini menjadi pemujuk dan sumber kekuatan agar orang-orang beriman tidak berundur dari perjuangan mereka meskipun mereka mengalami banyak kerugian dan ramai yang mati syahid.
No comments:
Post a Comment