Friday, 31 January 2014

Perancangan Manusia itu Usaha, Perancangan Allah itu Takdir .

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T Pemilik Seluruh Alam, Pemilik Segala Cinta, Pemilik Segala isi di dunia. Tanpa izinNYA, tidak mungkin terhasil bait-bait ayat yang terlakar di laman blog ini dan moga ia mendatangkan manfaat untuk diri sendiri khususnya dan kepada sahabat2 sekalian . semoga Allah mentautkan hati kita semua untuk bersama-sama memperjuangkan agama Allah. Semoga DIA menjadikan kita golongan yang bersaf di belakang Nabi Muhammad S.A.W ketika baginda mengetuk pintu syurga, sekaligus kita turut bersama-sama Baginda dan semoga Allah tidak menyampaikan segala perbuatan dan amalan buruk kita kepada Baginda yang mampu membuat Baginda bersedih . Amin Ya Rabb.

semua daripada kita pernah merancang kn? dari sekecil-kecil perancangan sehinggalah sebesar-besar perancangan. Kita merancang apa kan kita lakukan selepas ini,
Kita merancang apa akan kita lakukan esok, Kita merancang apa akan berlaku minggu depan,
Kita merancang akan bergraduasi beberapa tahun akan datang, Sehinggalah kita merancang apa akan berlaku 10 tahun akan datang, Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang ? apabila kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya. Y
ang pastinya, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan ape yang berlaku. Teruslah teguh berdiri megharap rahmat daripadaNya. Sebaik mana pun perancangan seseorang, namun perancangan Allah jualah yang lebih baik dan terbaik pada setiap keadaan dan waktu. Apa yang pasti, setiap perancangan dan ketentuanNya itu pastilah yang terindah walaupun di mata kasar seorang manusia, seribu manikam menikam sukmanya.

Dalam meniti usia senja, perancangan demi perancangan di bina dan di susun serapinya. Pada usia muda, pelajaran menjadi keutamaan. Namun dalam masa yang sama, tuntutan fitrah untuk membina hubungan halal turut meraih tempat dalam perancangan kita. Kita mula mengatur langkah dengan mencari bagi si teruna dan menanti bagi si puteri. Ada  yang menanti dalam diam, dan ada juga yang sama-sama menongkah zaman. Menjadi ‘berani’ ke hadapan namun tetap berada di dalam jagaan ‘malu’ dan ‘rapinya’ seorang wanita. Lantas, orang tengah menjadi pengantara.



Di saat kita mengatur langkah, merancang untuk menuju ke fasa yang penuh cabaran dan mehnah, adakah impian untuk membina baitulmuslim akan mempunyai pengakhiran yang indah belaka? Adakah niat kita untuk berbaitulmuslim benar-benar tepat dengan matlamat asalnya iaitu menikah di jalan dakwah? Takdir yang bakal tiba segalanya berada digenggamanNya. Kita hanya mampu bertanya namun, jawapannya akan terjawab tatkala kita sudah pun berada di’dalamnya’. 

ada satu kisah dari seorang Ukhti . Sudah beberapa tahun menunggu kedatangan seorang ikhwah. Namun belum datang bertandang. Dalam penantian, beberapa lamaran menjelma. Walaupun usia makin bertambah, namun setiap risikan dan lamaran ditolak dengan sebab lelaki tersebut bukan ikhwah yang didamba peribadinya. Sehingga sampai ke satu masa, akhirnya tibalah saat-saat yang dinanti. Datanglah permintaan berbaitulmuslim dari seorang ikhwah, yang sangat mantap dalam gerak dakwahnya. Dan akhirnya istiqamah sehingga kini.

Saat ditanya, kenapa akak sanggup tunggu? Dia cuma tersenyum sambil berkata,
“kerana akak yakin akan janji Tuhan. Dan akak akan tetap tunggu ‘ikhwah’ sampai bila-bila. Dan dalam baitul muslim, bukan bergantung kepada siapa yang kita suka, tetapi kita perlu bersedia menerima sesiapa sahaja, asalkan dia tetap berpegang kepada fikrah yang sama. Itu prinsip akak.”

Ini semua takdir susunan Allah pasti adalah yang terbaik. Yang tinggal adalah apa yang kita betul-betul inginkan. Adakah hanya sebuah rumahtangga untuk menghalalkan hubungan? Atau sebuah perkahwinan supaya tidak bersendirian? Atau sebuah baitulmuslim untuk sama-sama berjuang di jalan dakwah?Kesimpulannya, dalam merancang niat juga usah dilupakan. Niat awali lah ia hanya semata-mata kerana Allah. InsyaAllah, pastinya sebuah perancangan yang diniatkan keranaNya akan mendapat rahmat dan berkat dariNya. Jika seandainya perancangan kita itu tidak terjadi, pasti hati kita mudah merasa redha dan tenang menerimanya. InsyaAllah~

Wallahua’lam.

1 comment: