Friday, 31 January 2014

Perancangan Manusia itu Usaha, Perancangan Allah itu Takdir .

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T Pemilik Seluruh Alam, Pemilik Segala Cinta, Pemilik Segala isi di dunia. Tanpa izinNYA, tidak mungkin terhasil bait-bait ayat yang terlakar di laman blog ini dan moga ia mendatangkan manfaat untuk diri sendiri khususnya dan kepada sahabat2 sekalian . semoga Allah mentautkan hati kita semua untuk bersama-sama memperjuangkan agama Allah. Semoga DIA menjadikan kita golongan yang bersaf di belakang Nabi Muhammad S.A.W ketika baginda mengetuk pintu syurga, sekaligus kita turut bersama-sama Baginda dan semoga Allah tidak menyampaikan segala perbuatan dan amalan buruk kita kepada Baginda yang mampu membuat Baginda bersedih . Amin Ya Rabb.

semua daripada kita pernah merancang kn? dari sekecil-kecil perancangan sehinggalah sebesar-besar perancangan. Kita merancang apa kan kita lakukan selepas ini,
Kita merancang apa akan kita lakukan esok, Kita merancang apa akan berlaku minggu depan,
Kita merancang akan bergraduasi beberapa tahun akan datang, Sehinggalah kita merancang apa akan berlaku 10 tahun akan datang, Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang ? apabila kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya. Y
ang pastinya, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan ape yang berlaku. Teruslah teguh berdiri megharap rahmat daripadaNya. Sebaik mana pun perancangan seseorang, namun perancangan Allah jualah yang lebih baik dan terbaik pada setiap keadaan dan waktu. Apa yang pasti, setiap perancangan dan ketentuanNya itu pastilah yang terindah walaupun di mata kasar seorang manusia, seribu manikam menikam sukmanya.

Dalam meniti usia senja, perancangan demi perancangan di bina dan di susun serapinya. Pada usia muda, pelajaran menjadi keutamaan. Namun dalam masa yang sama, tuntutan fitrah untuk membina hubungan halal turut meraih tempat dalam perancangan kita. Kita mula mengatur langkah dengan mencari bagi si teruna dan menanti bagi si puteri. Ada  yang menanti dalam diam, dan ada juga yang sama-sama menongkah zaman. Menjadi ‘berani’ ke hadapan namun tetap berada di dalam jagaan ‘malu’ dan ‘rapinya’ seorang wanita. Lantas, orang tengah menjadi pengantara.



Di saat kita mengatur langkah, merancang untuk menuju ke fasa yang penuh cabaran dan mehnah, adakah impian untuk membina baitulmuslim akan mempunyai pengakhiran yang indah belaka? Adakah niat kita untuk berbaitulmuslim benar-benar tepat dengan matlamat asalnya iaitu menikah di jalan dakwah? Takdir yang bakal tiba segalanya berada digenggamanNya. Kita hanya mampu bertanya namun, jawapannya akan terjawab tatkala kita sudah pun berada di’dalamnya’. 

ada satu kisah dari seorang Ukhti . Sudah beberapa tahun menunggu kedatangan seorang ikhwah. Namun belum datang bertandang. Dalam penantian, beberapa lamaran menjelma. Walaupun usia makin bertambah, namun setiap risikan dan lamaran ditolak dengan sebab lelaki tersebut bukan ikhwah yang didamba peribadinya. Sehingga sampai ke satu masa, akhirnya tibalah saat-saat yang dinanti. Datanglah permintaan berbaitulmuslim dari seorang ikhwah, yang sangat mantap dalam gerak dakwahnya. Dan akhirnya istiqamah sehingga kini.

Saat ditanya, kenapa akak sanggup tunggu? Dia cuma tersenyum sambil berkata,
“kerana akak yakin akan janji Tuhan. Dan akak akan tetap tunggu ‘ikhwah’ sampai bila-bila. Dan dalam baitul muslim, bukan bergantung kepada siapa yang kita suka, tetapi kita perlu bersedia menerima sesiapa sahaja, asalkan dia tetap berpegang kepada fikrah yang sama. Itu prinsip akak.”

Ini semua takdir susunan Allah pasti adalah yang terbaik. Yang tinggal adalah apa yang kita betul-betul inginkan. Adakah hanya sebuah rumahtangga untuk menghalalkan hubungan? Atau sebuah perkahwinan supaya tidak bersendirian? Atau sebuah baitulmuslim untuk sama-sama berjuang di jalan dakwah?Kesimpulannya, dalam merancang niat juga usah dilupakan. Niat awali lah ia hanya semata-mata kerana Allah. InsyaAllah, pastinya sebuah perancangan yang diniatkan keranaNya akan mendapat rahmat dan berkat dariNya. Jika seandainya perancangan kita itu tidak terjadi, pasti hati kita mudah merasa redha dan tenang menerimanya. InsyaAllah~

Wallahua’lam.

Tuesday, 26 November 2013

Nukilan untuk Ahmad Ammar .

Aku masih ingin menulis tentangnya ..Satu tragedi yang meragut nyawanya di Turki, membuka ramai mata hati.
MashaAllah. Subhanallah. Terdetik rasa kagum pada seorang hamba. Hidupnya untuk Tuhan semata. Baktinya untuk Islam. Siapa sangka di usia muda, tidak sakit tidak apa, dia dijemput Tuhan.

Ku cuba telusuri kisahnya, jihadnya, matlamatnya. Serasa ada airmata yang mengalir. Usia muda, dihabiskannya untuk perjuangan, untuk Islam. Betapa besar jiwa seorang khalifah bernama Ahmad Ammar. Mungkinkah qudwah hasanah; Muhammad Rasullah menjadi idolanya?

Jasadnya tidak lagi di sini. Rohnya juga telah berjumpa Ilahi. Tapi semangat perjuangannya terus utuh bagai meresap terus ke sanubari. Mungkin sebentar lagi rohku pula dijemput Ilahi. Siapa tahu kapan aku akan pergi?aku juga merindukan Syahid dijalanMu ini..

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Moga 'semangat' Almarhum Ahmad Ammar terus hidup dalam diri. Moga aku juga berjiwa khalifah, berhati hamba. Bukan syurgaNya yg aku buru...tapi RedhaNya yg aku mahu..usah gentar,usah bimbang..dengan tuhan,kita takkan kecundang..


Tak pernah bosan baca kisah Ahmad Ammar. Tiapkali buka muka buku, sahabat2 dan ibu ayahnya pasti kongsi cerita perjalanan Ahmad Ammar tika hayatnya. Sungguh aku cemburu. Betapa hebatnya penangan assyaheed mu.Tahniah puan Nur Azlina dan tuan Ahmad Azam kerana mendidik Ahmad Ammar sehingga membuatkan kami terjaga dari asyik berminpi dan kematiannya menghidupkan lena kami. Al fatihah

Kadang-kadang kita menyangka kita yang bercakap macam-macam inilah yg akan banyak menyumbang pada agama. Kita rasa kita yang lantang bersuara inilah yang akan membangunkan agama. Kita sangka kita hebat.
Kita sangka kita akan memberi kesan pada orang ramai.Kita lupa akhlak dan tutur bicara kita. 

Kita katakan semuanya adalah demi agama yang kita mahu pertahankan.Namun kita lupa, akhlak dan budi bicara itu lah penting. Keikhlasan dalam beramal dan matlamat yang ikhlas untuk agama itulah yang utama. ahmad ammar. Sejak pemergianmu, engkau tidak henti-henti mengajar kami semua. Hatta pada saat ini. Allah Allah....Apa yang lebih indah dari menjadi ahli Syurga sepertmu.(InsyaALLAH)

Allahumma solli ala sai'dina muhammad  . Ya Allah Ya Rasulullah  aku mahu ingatkan lagi sekali..semoga lebih ramai "Ammar" yg bangkit..tidak menjadi "Ammar" pun tidak mengapa..jadilah diri sendiri..tetapi ambillah Semangat dan kisah hidup almarhum sebagai penyunting semangat disamping menjadikan Rasulullah sebagai idola utama dalam kehidupan..
AL-FATIHAH.

Sunday, 18 August 2013

Perjuangan Sentiasa Ada Pahit Getirnya, Tidak Ada Perjuangan Yang Mudah


Doa itu senjata utama. Doakan saudara kita di Mesir. Allah beri mereka musibah besar dan insyaAllah dapat ganjaran di Syurga. we support DR MOHAMED MORSI .


Perjuangan untuk menegakkan kebenaran tidak akan sentiasa mudah. Jalannya tidak dibentang karpet merah apalagi dihidang dengan anggur dan buah-buahan enak bagaikan para pembesar di istana. Bahkan, jalannya sentiasa akan dicabar dan diuji dengan pelbagai macam mehnah dan kesusahan.

Manusia bukan robot. Sekali-sekala berada dalam perjuangan sedemikian, ia pasti diuji dengan rasa lemah dan sedih . Rasa lemah kerana kehilangan orang tersayang. Sedih kerana keluarga kesayangan telah syahid dalam perjuangan. Rasa lemah kerana diri cepat betul lalai ketika berseorangan. Rasa sedih kerana orang-orang yang lemah dan tidak bersalah terus-menerus dizalimi. Rasa lemah kerana memikirkan keterbatasan dan kemampuan diri. Rasa sedih kerana dunia muslim yang bergolak dan ramai pula muslim yang murah maruah dirinya.
Rasa lemah kerana usaha dakwah kita dikritik dan dihentam oleh orang. Rasa sedih kerana dakwah tidak bersambut.
Lantas, apakah dengan rasa sedih dan rasa lemah ini kita akan berhenti daripada meneruskan jejak perjuangan kita selama ini? Apakah rasa sedih dan lemah kerana ujian yang kita hadapi ini akan membunuh semangat dan kesungguhan kita dalam berjuang?


Duhai saudara ku di Mesir. Duhai darah daging seagamaku. Tabahlah. Dirimu bakal ketemu Syurga. Apa yang lagi hebat daripada itu .Sabarlah. Innalilla wainna ilaihirojiun ... Al_Fatihah buat saudara mudlimin dn muslimat yg gugur jihat . 
Kita tidak akan pernah tahu apakah hasil di hujung perjuangan itu. Kita memang mengharapkan kemenangan akhir adalah milik Islam, tetapi kita tidak akan pernah tahu apakah ketika kemenangan akhir itu dicapai, ia berlaku di zaman kita atau di zaman-zaman selepas kita.
Sebab itu, janganlah merasa lemah dan dukacita andai perjuangan kita sekarang tidak menampakkan hasil kemenangan yang besar. Kerana perjuangan Islam ini bersifat nafas panjang, maka kalau pun kemenangan itu tidak dicapai di masa kita, sekurang-kurangnya kita menjadi salah satu penyebab ke arah kemenangan itu yang mungkin berlaku pada zaman selepas kita.
Tetaplah terus mara ke depan. Allah dah janji. Bunuhlah macam mana pun, Islam takkan hilang didunia. Allah akan menjaga Islam sehingga hari kiamat. ‪#‎PrayforEgypt‬

 Yallah ku memohon padamu bantulah muslimin yg menegakan kalimah mu ..hanya air mata menjadi saksi kesedihan melihat pembunuhan di mesir . allahuakbar :'( . terus mara wahai pejuang islam.ujian ni utk org beriman..inshaAllah kmngan milik islam! Ya Allah Kau menangkan Islam di seluruh dunia. Kuatkan hati hambamu untuk berjuang dijalan-Mu . ya Allah bantulah saudara kami yang sedang dizalimi di mesir . allahuakbar :'( . Ya Allah.ALLAHU AKBAR!! berikan kekuatan kepada umat Islam. Musnahkanlah mereka yg menentang Islam dengan azabMu sekeras-kerasnya ya Allah. Ya Allah.Aku tak sanggup tengok apa yg berlaku di Mesir, KAU bantulah saudara2 kami di Mesir.KAU Menangkanlah Islam Ya Allah. Bersabarlah dan bergembiralah wahai saudaraku. Sesungguhnya kamy syahid di jalan Allah. Allahuakbar.





Himpunan Aman Mengutuk Kekejaman Kudeta Mesir . 

Yang dibunuh di Mesir adalah saudara kita. Airmata mereka adalah airmata kita. darah mereka adalah darah kita. Alhamdulilah. Tahniah penganjur munajat untuk Mesir petang hingga malam tadi. Sungguh kita telah menunjukkan sensitiviti masyarakat Malaysia. Event pun cantik. alhamdulilah berjalan lancar. ‪#‎PrayForEgypt‬

Mungkin kita tak rasa kepedihan mereka di Mesir sana dan sbb itu juga kita seronok bergelak ketawa sedangkan mereka syahid demi agama. amek iktibar apa yang berlaku dekat mesir. ta mustahil malaysia pun boleh berlaku macam tu. minta jauh kan lah. allahu.

Ayat Al-Quran yang dimaksudkan adalah firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah (pula) bersedih hati. Dan kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) sekiranya kamu orang-orang beriman.” [Al-Imran : 139]
Ayat ini berkait rapat dengan peristiwa Uhud, ketikamana tentera Islam mula alpa dan leka di saat mereka sudah mula mendapatkan kemenangan, maka tentera kuffar ketika itu mengambil peluang untuk menyerang balas semula mereka sehingga ramai di kalangan mereka mengalami kecederaan termasuklah Rasul s.a.w. yang mengalami kecederaan yang teruk.
Ayat ini menjadi pemujuk dan sumber kekuatan agar orang-orang beriman tidak berundur dari perjuangan mereka meskipun mereka mengalami banyak kerugian dan ramai yang mati syahid.


Thursday, 15 August 2013

bersabarlah wahai hati


bismillahirrahmanirrahim . Tautan Hatiku Di Jalan Illahi,takkan pernah ku berundur walau selangkah.Ini matlamatku,ini tujuanku,ke negeri abadi inginku tuju ,kejayaan abadi inginku buru.Bertemu ALLAH dan Nabi SAW itu impainku.



Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.Tapi..kenapa hati kita tak gembira? 

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...," 

Apa masalah kita? 

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita. 

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan? 

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita? 

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la.. 

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak. 

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita. 

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang? 

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat. 

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

Wahabi Itu GOLONGAN Melampau, MAZHAB Yang Jahat, Keji dan Celaka

Bismillah.Segala puji bagi Allah s.w.t yang menghidup dan mematikan kita. yang memberi nikmat iman dan Islam. nikmat kedua sebagai umat nabi s.a.w. tidak lupa juga selawat dan salam keatas penghulu kita nabi Muhammad s.a.w, isteri-isteri baginda, keluarga baginda, para sahabat yang pemberani dan juga mereka-mereka yang mengikuti sahabt sehingga ke hari akhirat.

Amma Ba'du,

Ini adalah sebahagian petikan daripada kitab ‘Hadiqatu al-Azhar wa ar-Rayahin’, karangan seorang alim lagi terkenal di dalam dunia Melayu dan Islam, menguasai pelbagai bidang ilmu, mempunyai murid-murid yang tersohor, serta para guru termasyhur, Sheikh Ahmad al-Fathani. Sila tuan-tuan baca dengan teliti. Pihak penulis meletakkan tajuk dengan tanda […] berwarna biru bagi perenggan-perenggan yang sesuai. Insya-Allah, kitab akan di”scanned” kemudian.


[Wahabi Dari Kaca Mata Sheikh Ahmad Fatani]


“II. Dan setengah daripadanya fitnah taifah Wahabiyyah yang melampau mereka itu hingga merentah mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia. Dan mereka itu satu kaum yang mempunyai mazhab yang jahat dan jalan yang sesat dan i’tiqad yang mudarat.”


[Muhammad Ibn Abdul Wahhab Dari Kaca Mata Sheikh Ahmad Fatani]


“Dan adalah yang menghantar [penganjur] mazhab mereka itu yang keji dan yang meringkahkan dia, Muhammad anak Abdul Wahab dan asalnya daripada masyriq [timur: Najd] daripada Bani Tamim dan adalah permulaan pekerjaannya bahawa ia setengah daripada mereka yang menuntuti ilmu di negeri Madinatu al-Munawwarah ‘ala sahibiha afdalu as-salati wa as-salam.”


[Ulama’ Telah Pun Menjangkakan Kejahatan Muhammad Ibn Abdul Wahhab Dan Menghalang Orang Ramai Daripada Mengikut Beliau]


“Dan adalah bapanya laki-laki yang soleh, demikian lagi saudaranya. Dan adalah bapanya dan saudaranya dan sekelian guru-gurunya memfirasat mereka itu padanya bahawa sanya lagi akan jadi daripadanya sesat dan menyesat dan zaigh dan ilhad dari kerana barang yang diketahui oleh mereka itu daripada perkataannya dan perbuatannya dan bantah-bantahannya pada kebanyakan daripada beberapa banyak masalah. Maka adalah mereka itu menakutkan akan manusia hampir kepadanya. Maka tahqiq oleh Allah Ta‘ala akan firasat mereka itu.”


[Sikap dan Pegangan Penganut Ajaran Wahhabi Yang Menyesatkan Orang Ramai]


“Maka meringkah ia bagi dirinya akan mazhab yang sesat dan menyalahi ia akan segala imam agama dan menyesat ia akan segala yang jahilin dan mengkafirkan ia akan segala mereka yang tiada mengikut mazhabnya daripada mukminin. Dan menghukum ia dengan syirik mereka yang ziarah kan Qubur Nabi SAW dan auliya’ dan solihin, dan yang bertawassul dengan mereka itu. Dan mengharamkan ia akan berselawat atas Nabi SAW dan beberapa i’tiqad yang lain daripada demikian itu, dan bahawasa segala manusia telah kufur mereka itu daripada masa hijrah 600 tahun sehingga kepada masanya itu. Dan ialah yang membaharukan bagi mereka itu akan Islam mereka itu. Dan mentaklif [mengarang] ia bagi mereka itu beberapa risalah dan mendatang ia dengan beberapa ibarat da beberapa dalil atas fahamnya yang sesat dan aqalnya yang tebal. Dan mengkesamaran [meengelirukan] ia dengan demikian itu atas kebanyakan orang awam. Maka mengikut setengah mereka itu akan dia.”


[Wahhabi Berpakat Dengan Pemerintah dan Merampas Tanah Haram]


“Kemudian maka masuk ia kepada setengah raja-raja negeri masyriq dan diam ia di sisi mereka itu, mengaya-gaya [memujuk] ia akan mereka itu hingga tertipu daya mereka itu, maka menolong mereka itu akan dia. Dan tasallit [menguasai] mereka itu atas beberapa qaryah dan negeri hingga memerang mereka itu akan beberapa negeri yang besar-besar dan memilik mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia dan segala qura[kampong] keduanya.”


[Wahhabi Menghancurkan Kesan Sejarah Islam Dan Merompak Harta Umat Islam]


“Dan meroboh mereka itu akan segala qubbah tempat yang mulia-mulia dan kubur solihin, dan mengerasi mereka itu akan manusia atas masuk kepada mazhab mereka itu yang celaka. Dan merampas mereka itu akan segala pakaian Qubur Nabi dan segala barang yang di dalam qubbahnya yang maha mulia SAW dan segala barang di dalam Kaabah daripada segala perkakas dan perhiasan yang indah-indah.”


[Wahhabi Menawan Tanah Mekah]


“Dan masuk mereka akan Makkah pada tahun 1220. Dan telah menghasarkan [mengepung] mereka itu akan Makkah hingga lapar ahlinya dan makan setengah mereka itu akan anjing. Kemudian masuk mereka itu akan dia dan merentah mereka itu padanya 7 tahun. Dan adalah pada masa itu Daulah ‘Aliyyah Uthmaniyyah di dalam huru-hara yang amat sangat.”


[Kejatuhan Wahhabi - Pada Kali Pertama - Sebelum Kebangkitan Semula Selepas Perang Dunia Pertama]


“Kemudian keluar titah daripada Sultan kepada Muhammad Ali Pasha, Raja Masir dengan suruh memerangkan mereka itu. Maka diperangkan mereka itu hingga dibinasakan dan dihilangkan daulah mereka itu dan ditawankan raja mereka itu yang bernama Abdullah Ibnu Saud dan beberapa perdana menterinya dan dibawakan mereka itu ke Masir, kemudian ke Istanbul. Maka diarakkan mereka itu kemudian dibunuhkan mereka itu.”


ULASAN

* Kalaulah Sheikh Ahmad Fatani yang sempat melihat dan mendengar sendiri kebangkitan Wahhabi pada peringkat awal dan menghukum mereka dengan sesat, keji, celaka, melampau, jahat dan mudarat. Adakah kita yang tidak benar-benar mengenali sejarah Wahhabi dengan mudah membelakangkan kata-kata Syeikh Ahmad Fatani?!
*

* Dan apabila Wahhabi dapat menguasai semula Tanah Mekah dan Madinah selepas Perang Dunia Pertama (iaitu selepas kewafatan Sheikh Ahmad Fatani). Adakah kita sanggup menyokong Wahhabi yang telah ditolak oleh para ulama’ seluruhnya kerana mereka berkuasa pada hari ini?
*

* Adakah anda tidak bersetuju dengan kata-kata Sheikh Ahmad al-Fathani?!!! Kalau anda tidak bersetuju, maka anda masih belum mengenali beliau. Ini adalah kerana sekiranya anda mengenali dan membaca kisah hidup beliau, pasti anda tidak mampu menolak ulama’ seperti beliau.
*

* Fikir-fikirkanlah.


Sumber bagi teks: Kemerosotan Kerajaan Uthmaniyyah- Suatu Sorotan Berdasarkan Tulisan Syaikh Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fatani (1857- 1908) oleh Abdullah Zaidi Bin Hassan

Sumber asal dan bukti scan kitab boleh dirujuk di
http://al-ashairah.blogspot.com/2008/09/shaikh-ahmad-al-fathani-wahabi-itu.html

Monday, 22 July 2013

Ramadhan kali ini sangat bermakna .

bismillahirrahmanirrahim :) Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.
 
 
 


 Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayangNYA, kita masih berpeluang dan berkesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini.
“Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala daripada Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Imam Bukhari)

Mendengar hadis ini, siapa yang tidak tergugah imannya? Dan pasti mahu berusaha untuk merebut kebaikan-kebaikan dalam bulan Ramadhan ini. Hadirnya Cuma sebulan dalam setahun. Namun, pahala dan ganjarannya terlalu besar untuk kita meraihnya.

Menyebut sahaja Ramadhan, antara perkara pertama yang akan terlintas di benak fikiran adalah mahu menghabiskan masa di Masjid . kali ini aku menghabiskan masa di masjid  UIA. Uniknya ia, indahnya ia hanya benar-benar dapat dirasai oleh hati-hati yang pernah ke masjid ini.

 Tahun ni sambut ramadhan dengan sahabat2 . Sedih sangat ta dapat sambut ramadhan dengan abah n ibu . Selalu nye tiap kali ramadhan dengan abah n ibu . Hati ni rasa sayu je . Hem rindu abah n ibu . Semoga allah menjaga orang tua ku .

 Ramadhan hadir hanya sekali dalam setahun namun pahala dan gajaran nye sangat besar tuk kita raih .alhamdulilah maghrib tadi terus menuju ke masjid UIA . Menjejak kaki di masjid ini suatu haruman yg mnusuk ke hidung .sgrnya haruman itu .subhanallah indahnya kicauan burung2 yang bertebangan bebas dalam masjid .

 Pertama kali menyaksikan hal ini berlaku burung2 itu juga trut meraikan kedtgan yang mulia ni . dan kita gembirakah kita dengan kehadiranya ? Ataukah yang terkeluar dari bibir kita ?"Alamak kena puasa . Ta dpt makan dan minum dgn cuaca panas pulak tu" adakah ini ? Jika ini hati kita belum mengetahui makna dan hakikat sbnr ramadhan , jgn penah mengeluh tetapi bahagialah dan rebutkan kebaikann2 yang allah sediakan dlm bln ramadhan . Bukan ke semua pahala tuk kita ? Bkn kah dlm nya ada mlm lailatul qadar tuk dicari ? 

Yg lebih baik dri seribu bulan .bkn ke setiap doa dan permintaan org yg berpuasa itu akan dimakbulkan ? Nah apalagi yang kurangnya ? Hanya saja allah allah memerintah kita berpuasa! Adakah kebaikan itu telah terpadam dripada motivasi kita . Mari sama2 kita baharui niat dan azam kita dlm ramadhan yang allah beri kpd kita . Kesempatan itu nikmat allah kan . Berpuasa dgn sbnr2nya puasa dan tdak skadar menahan lapar dan dahaga . Gandakan amal2 kebaikan . Insyallah .

 Subhanallah . Indahnya masjid UIA . Hari ni rabu bersamaan 1 ramadhan merupakan hari yang lebih gembira bg aku . Alhamdulilah dapat berterawih berjemaah .menjadi makmum kpd imam2 yg hebat . Dpt mengeratkan ukhwah dengan kwn2 dri negara lain , indahnya ukhuwah islamiyah . Terharu mlihat mnusia berpusu2 mengingati allah . Alhamdulilah 

 Mari kita renung sejenak hadis Rasulullah s.a.w. ini:

Rasulullah Saw menaiki mimbar (untuk berkhotbah). Menginjak anak tangga (tingkat) pertama beliau mengucapkan, “Aamin”, begitu pula pada anak tangga kedua dan ketiga. Seusai shalat para sahabat bertanya, “Mengapa Rasulullah mengucapkan “Aamin”? Beliau lalu menjawab, “Malaikat Jibril datang dan berkata, “Kecewa dan merugi seorang yang bila namamu disebut dan dia tidak mengucap shalawat atasmu” lalu aku berucap “Aamin.” Kemudian malaikat berkata lagi, “Kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk surga.” Lalu aku mengucapkan “aamin”. Kemudian katanya lagi, “Kecewa dan merugi orang yang berkesempatan (hidup) pada bulan Ramadhan tetapi tidak terampuni dosa-dosanya.” Lalu aku mengucapkan “Aamin.” (HR. Ahmad)

Sahabat, ayuh kita memperbaharui niat dan azam kita. Berpuasa dengan sebenar-benar erti puasa dan tidak sekadar menahan diri daripada makan dan minum. Gandakan ibadah dan amal-amal kebaikan. Semoga dengan selesainya Ramadhan ini, kita beroleh kemenangan dan darjat orang-orang yang bertakwa تتقونلعلكم .

Ameen ya Rabb.
.

Monday, 24 June 2013

salahkah aku berubah ?

Dimulakan dengan menyebut, membesarkan dan menyampaikan nama ALLAH S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. DIAlah yang Maha Mengetahui dan Berkuasa di atas setiap sesuatu. Segala puji hanyalah untuk-NYA Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w tercinta. Betapa suci dan murninya perjuangan baginda dan para sahabat sehingga Islam akhirnya sampai kepada kita . 

Entah kenapa malam ni . aku terasa sangat sedih dan sedih . kenapa masa silam mesti diungkit . kenapa ta boleh na percaya siapa aku sekarang . kenapa perlu menceritakan siapa aku .  Mengapa ia hadir , hanya Allah yang mengerti . Sebaknya hati ini tatkala mengingatkan kejahilan lampau. Betapa besarnya keagungan Dia , kebesaranNya, sehingga aku menjadi siapa aku pada hari ini . Tetapi harus aku kuat untuk jalani kisah ini sehingga detik roh berpisah dari jasad . "nak jadi baik ni memang banyak halangan kan", kata seorang sahabat...hummm".. tu je yang mampu aku kata sambil tersenyumkenapa senyum? aku serius ni.sabar, aku senyum sebab apayang kau kata tu memang betul. langsung  ta de salah kat mana-mana pun.tu la pasal, aku tahu la aku ni bukannya baik pun. tapi tu dulu, sekarang ni aku dah berubah, aku dekatkan diri aku dengan Allah, tapi bila aku buat tu, ade je yang perli aku. aku bukannya nak jadi ustazah, aku cuma nak baiki diri aku je . 

Aku tak layak langsung nak bercerita pasal agama ni. Tapi disebabkan menyebarkan agama dan berjihad tu ialah tugas setiap muslim dan muslimat yang hidup di dunia, maka aku wajib mengikhlaskan diri untuk berdakwah.Bukan orang yang berpurdah, berkopiah, berjubah je yang boleh berdakwah. Setiap orang boleh berdakwah. Sedangkan orang yang masih penuh dengan dosa pun wajib ingatkan orang lain.Sebab tu, tak ada alasan untuk kita tak berubah dan mencari keredhaan dari Allah. Jangan lah sombong sangat awak. Kita ni asal pun dari Allah. Reti lah malu sikit ya :') Aku. Dulu aku sama macam korang. Remaja. Dan aku pun sekarang masih remaja hakikatnya. Aku. Dibesarkan dalam keluarga yang bukan asalnya alim ulama. Aku mengaku tu. Aku dibesarkan dalam keadaan yang sederhana. PAKAI TUDUNG. JAGA AURAT. Tu je aku tahu dulu. aku juga pernah berfashion seperti korank . tapi ta perlu lah ungkit kisah silam aku . siapa aku dulu ta perlu diungkit2 . Bila Allah bagi kita peluang untuk berubah, Dia buka hati kita. Saat tu. Saat tu ialah saat yang paling bahagia :'D Ya Allah.... teringin sangat nak tengok kawan2 lain pun ikut sama berubah. Takpe,slow2. Aku tahu bukan mudah.Aku menangis bukan bermakna aku lemah, tapi sebab aku dah kuat terlalu lama. 

berhenti menghukum aku . berhenti mengata aku . semoga kepada orang yang mengungkit kisah silam aku dibuka hati .  Kalau awak masih belum dibuka pintu hati oleh Allah, in shaa Allah satu hari pasti terbuka. Macam aku. Aku dulu  seorang yang sangat jahil. Jauh hina dari muslimah yang lain. Sedangkan sekarang pun aku masih hina, apa lagi dulu. Ya. Banyak kenangan pahit aku pernah rasa dulu.aku lebih tenang walaupun ketika aku susah dan sedih. Sebab aku tahu. Setiap apa yang berlaku, semua rancangan Allah yang kita semua tak tahu. Buat apa nak mogok? buatpa nak salahkan Allah? Buatpa nak maki2 kata Allah tak adil? Ingat balik.... APA TUJUAN KITA HIDUP DI BUMI ALLAH.

Dalam perjalanan ini , kita pasti akan diuji . Semakin kita ingin mendekatkan diri kepada ALLAH , semakin berat ujian yang akan hadir . Kadang-kadang ujian itu hadir jua tanpa kita sedar . Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri . Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri . Tanpa kita sedar , ujian juga mampu mematangkan kita . 

Hakikatnya , suatu masa dahulu , tidak pernah ku terfikir hidupku akan berubah menjadi seperti hari ini . Segala puji bagiNYA . Dialah yang berkuasa atas segala sesuatu . Bila Dia mengkehendaki sesuatu itu terjadi , maka cukuplah Dia berkata jadi , maka jadilah ia . Inilah nikmat yang terbesar yang akan ku syukuri sehingga nafas terakhirku , iaitu nikmat iman dan nikmat islam . Cukuplah Allah bagiku , cukuplah DIA sebagai pelindungku . Cukuplah dengan dakapan cintaNYA membuatku rasa bahagia dan tenang  . Pelbagai juga dugaan yang mendatang bila ingin berubah ke arah yang lebih baik , pelbagai tohmahan yang ieka dapat , ada kawan-kawan yang mula makin menjauh , yang bersangka buruk . Kadang-kadang ada orang yang tak percaya aku dah berubah , malah gelakkan aku . Kadang-kadang juga kena perli . Kadang-kadang , terfikir , adakah aku tidak layak untuk menjadi baik ? Sedih sangat , tapi ieka kuatkan diri agar tidak goyah . Bukan senang nak bermujahadah ,kerana syurga itu sangat lah indah . Tetapi alhamdulillah , selepas itu ALLAH gantikan dengan sahabat-sahabat yang sama-sama mengejar redha ALLAH . Subhanallah , indah sangat ukhwah kerana ALLAH . Tetapi ada juga yang sangat-sangat gembira dengan perubahan ieka . Alhamdulillah , mereka juga sedang berusaha untuk mengubah diri . Segala Puji bagi ALLAH.

Ya , perjalanan hidup aku . Tiba-tiba aku terfikir siapa aku daripada sebelum berhijrah dan siapa aku selepas berhijrah . Allahu Akbar , terasa air mata ingin mengalir menyentuh pipi . Tidak pernah diri aku termimpi atau terfikir untuk berada di kalangan orang yang soleh dan solehah . Tidak pernah diriku terfikir untuk berada di sisi seseorang yang bergelar " Hafizah al-Quran " .Tak pernah diriku terfikir untuk sentiasa menghadiri kuliyah dan majlis bersama para ulama' . Tak pernah diriku terfikir untuk lebih belajar mendalami ilmu agama . Tiba-tiba terasa air mata mengalir mengenangkan kejahilan lampau . Tapi , buat apa untuk aku menangisi perkara lampau yang telah menjadi sejarah hidup ? Hati berbisik " Jadikanlah pengalaman dan sejarah silam itu sebagai satu kekuatan untuk kamu berubah menjadi lebih baik " . Sesungguhnya , tiada orang yang tak punya sejarah hidup , dan tiada orang baik yang tidak punya masa silam .Perasaan hina diri dan kerdil itu sering menyapa . Terasa diri kerdil sekerdilnya . Mereka yang berada di sekelilingku terdiri dari yang tinggi ilmunya , terdiri dari bakal hafiz hafizah al-Quran ,  Subhanallah , siapalah diriku berbanding dengan mereka ? Aku hanya hamba Allah yang baru sahaja untuk kembali ke jalanNYA . Aku hanya hamba Allah yang baru sahaja berusaha untuk menjadi solehah . 

Semakin diriku ingin mendekati jalan yang benar , semakin terasa ujian menyapa . Wahai diri , ingatlah , Jalan ke syurga itu dipenuhi hamparan duri-duri sering kali diri akan terluka kerana tertusuk duri-duri ujian . Sering kali jua air mata akan menjadi peneman setia . Kekasihku yakni Rabbku setia bersamaku ketika susah dan senang . Hanya DIA yang memahami apa yang berada dalam hati . Diberinya ujian kerana kasihNya padaku . Bagaimana pula harusku berputus asa ? Sedangkan DIA kekasihku tidak pernah berputus asa untuk memberiku ganjaran pahala . Wahai diri , ketahuilah sesusah dan seduka manapun ujian di dunia . Semua itu TIDAK KEKAL . Apa yang penting , fikirkan kemana dan bagaimana destinasi kamu yang terakhir dan kemanakah matlamat kamu . 

apa yang boleh aku katakan  pedulikan masa silam yang telah menjadi sejarah lampau , apa yang penting adalah masa yang akan datang . Binalah masa hadapan yang baik , carilah saham akhirat dari sekarang . Mati itu dekat , bila-bila masa sahaja ia bakal menyapa . Sanggupkah kita jika dijemput ILAHI dengan keadaan Allah murka ? Nauzubillahminzalik . Pejamkan mata , fikir sejenak . Adakah kita pasti yang masih ada lagi hari esok untuk kita ? Hakikatnya , tiada siapa pun tahu adakah sejam kemudian mereka masih mampu bernafas seperti saat ini . Manfaatkan lah masa yang ada dengan sebaik-baiknya . Jangan kelak , kamu menyesal di akhirat sana . Ketika itu walaupun kamu menangis sehingga keluar air mata darah sekalipun , masa tidak akan mampu berulang kembali . 

Tika aku keseorangan, tika aku sendiri, baru aku kenal akan cintaMU , baru aku kenal akan kebaikan . Ya Allah, apa yang telah diri ini lakukan ? Ya Rabb, beratnya dosa-dosa ini . Layakkah aku untuk menjadi solehah di sisiMu :( . Insaflah wahai diri dan hati, terkadang jiwa yang terleka perlu diketuk dengan tazkirah dan doa, agar tidak terus disalut dosa demi dosa . Taburilah doa kalian buat diriku , cuma itu yang aku pinta ... aku akui hakikat diri yang juga lemah :( , tidak bermakna diriku yang berkata-kata ini sudah sempurna , hakikatnya hanya ALLAH sahaja yang mengetahui . Tetapi sekurang-kurangnya dengan penulisan ini mampu membuat diriku lebih bersemangat dan termuhasabah. Orang mungkin akan nampak kita sentiasa tabah ,tetapi hanya DIA yang lebih mengetahui sejauh mana ketabahannya :) Apa yang terzahir tidak semestinya benar . Nilailah sesuatu itu dengan hati , dengan pandangan ALLAH dan RASUL . 

Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdulillah . aku gembira dengan siapa aku hari ini . Sangat bersyukur kepadaMU YA ALLAH . Terima kasih atas hidayah dan petunjukMU . Tidak akan aku sia-siakan . Bantulah aku YA ALLAH untuk sentiasa kekal istiqamah . Sesungguhnya Kaulah yang berkuasa atas segala sesuatu . Ampunilah segala-gala dosaku . Kini aku bersujud dan menyerahkan diriku kepadaMU . Aku mengaku berdosa ..............  . Kini aku bangkit , bangkit untuk menegakkan agamaMU . Untuk berusaha bersama-sama mengajak sahabat-sahabat agar juga kembali mencari ketenangan yang abadi . Iaitu , dengan cara , kembali kepadaMU . Permudahkanlah urusanku . Bantulah hambaMU yang serba kekurangan dan hina ini . Jika aku mati , matikan aku dalam keadaan beriman dan bertakwa kepadaMU . Matikan aku dalam keadaan menegakkan agamaMU . Amin Allahumma Amin .