Alhamdulillah,
bersyukur ke hadrat Allah S.W.T Pemilik Seluruh Alam, Pemilik Segala
Cinta, Pemilik Segala isi di dunia. Tanpa izinNYA, tidak mungkin
terhasil bait-bait ayat yang terlakar di laman blog ini dan moga ia
mendatangkan manfaat untuk diri sendiri khususnya dan kepada sahabat2 sekalian . semoga Allah
mentautkan hati kita semua untuk bersama-sama memperjuangkan agama
Allah. Semoga DIA menjadikan kita golongan yang bersaf di belakang Nabi
Muhammad S.A.W ketika baginda mengetuk pintu syurga, sekaligus kita
turut bersama-sama Baginda dan semoga Allah tidak menyampaikan segala
perbuatan dan amalan buruk kita kepada Baginda yang mampu membuat
Baginda bersedih . Amin Ya Rabb.
semua daripada kita pernah merancang kn? dari sekecil-kecil perancangan sehinggalah sebesar-besar perancangan. Kita merancang apa kan kita lakukan selepas ini,
Kita merancang apa akan kita lakukan esok, Kita merancang apa akan berlaku minggu depan,
Kita merancang akan bergraduasi beberapa tahun akan datang, Sehinggalah kita merancang apa akan berlaku 10 tahun akan datang, Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang ? apabila kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya. Yang pastinya,
janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi
kenyataan. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita
rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita
berputus asa dengan ape yang berlaku. Teruslah teguh berdiri megharap
rahmat daripadaNya. Sebaik mana pun perancangan seseorang, namun perancangan Allah jualah
yang lebih baik dan terbaik pada setiap keadaan dan waktu. Apa yang
pasti, setiap perancangan dan ketentuanNya itu pastilah yang terindah
walaupun di mata kasar seorang manusia, seribu manikam menikam sukmanya.
Dalam
meniti usia senja, perancangan demi perancangan di bina dan di susun
serapinya. Pada usia muda, pelajaran menjadi keutamaan. Namun dalam masa
yang sama, tuntutan fitrah untuk membina hubungan halal turut meraih
tempat dalam perancangan kita. Kita mula mengatur langkah dengan mencari
bagi si teruna dan menanti bagi si puteri. Ada yang menanti dalam diam,
dan ada juga yang sama-sama menongkah zaman. Menjadi ‘berani’ ke
hadapan namun tetap berada di dalam jagaan ‘malu’ dan ‘rapinya’ seorang
wanita. Lantas, orang tengah menjadi pengantara.
Di saat kita mengatur langkah, merancang untuk menuju ke fasa yang
penuh cabaran dan mehnah, adakah impian untuk membina baitulmuslim akan
mempunyai pengakhiran yang indah belaka? Adakah niat kita untuk
berbaitulmuslim benar-benar tepat dengan matlamat asalnya iaitu menikah
di jalan dakwah? Takdir yang bakal tiba segalanya berada
digenggamanNya. Kita hanya mampu bertanya namun, jawapannya akan
terjawab tatkala kita sudah pun berada di’dalamnya’.
ada satu kisah dari seorang Ukhti . Sudah beberapa tahun menunggu kedatangan seorang ikhwah. Namun belum
datang bertandang. Dalam penantian, beberapa lamaran menjelma. Walaupun
usia makin bertambah, namun setiap risikan dan lamaran ditolak dengan
sebab lelaki tersebut bukan ikhwah yang didamba peribadinya. Sehingga
sampai ke satu masa, akhirnya tibalah saat-saat yang dinanti. Datanglah
permintaan berbaitulmuslim dari seorang ikhwah, yang sangat mantap
dalam gerak dakwahnya. Dan akhirnya istiqamah sehingga kini.
Saat ditanya, kenapa akak sanggup tunggu? Dia cuma tersenyum sambil berkata,
“kerana
akak yakin akan janji Tuhan. Dan akak akan tetap tunggu ‘ikhwah’ sampai
bila-bila. Dan dalam baitul muslim, bukan bergantung kepada siapa yang
kita suka, tetapi kita perlu bersedia menerima sesiapa sahaja, asalkan
dia tetap berpegang kepada fikrah yang sama. Itu prinsip akak.”
Ini semua takdir susunan Allah
pasti adalah yang terbaik. Yang tinggal adalah apa yang kita betul-betul
inginkan. Adakah hanya sebuah rumahtangga untuk menghalalkan hubungan?
Atau sebuah perkahwinan supaya tidak bersendirian? Atau sebuah
baitulmuslim untuk sama-sama berjuang di jalan dakwah?Kesimpulannya,
dalam merancang niat juga usah dilupakan. Niat awali lah ia hanya
semata-mata kerana Allah. InsyaAllah, pastinya sebuah perancangan yang
diniatkan keranaNya akan mendapat rahmat dan berkat dariNya. Jika
seandainya perancangan kita itu tidak terjadi, pasti hati kita mudah
merasa redha dan tenang menerimanya. InsyaAllah~
Wallahua’lam.