Aku masih ingin menulis tentangnya ..Satu tragedi yang meragut nyawanya di Turki, membuka ramai mata hati.
MashaAllah. Subhanallah. Terdetik rasa kagum pada seorang hamba. Hidupnya untuk Tuhan semata. Baktinya untuk Islam. Siapa sangka di usia muda, tidak sakit tidak apa, dia dijemput Tuhan.
Ku cuba telusuri kisahnya, jihadnya, matlamatnya. Serasa ada airmata yang mengalir. Usia muda, dihabiskannya untuk perjuangan, untuk Islam. Betapa besar jiwa seorang khalifah bernama Ahmad Ammar. Mungkinkah qudwah hasanah; Muhammad Rasullah menjadi idolanya?
Jasadnya tidak lagi di sini. Rohnya juga telah berjumpa Ilahi. Tapi semangat perjuangannya terus utuh bagai meresap terus ke sanubari. Mungkin sebentar lagi rohku pula dijemput Ilahi. Siapa tahu kapan aku akan pergi?aku juga merindukan Syahid dijalanMu ini..
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Moga 'semangat' Almarhum Ahmad Ammar terus hidup dalam diri. Moga aku juga berjiwa khalifah, berhati hamba. Bukan syurgaNya yg aku buru...tapi RedhaNya yg aku mahu..usah gentar,usah bimbang..dengan tuhan,kita takkan kecundang..
Tak pernah bosan baca kisah Ahmad Ammar. Tiapkali buka muka buku, sahabat2 dan ibu ayahnya pasti kongsi cerita perjalanan Ahmad Ammar tika hayatnya. Sungguh aku cemburu. Betapa hebatnya penangan assyaheed mu.Tahniah puan Nur Azlina dan tuan Ahmad Azam kerana mendidik Ahmad Ammar sehingga membuatkan kami terjaga dari asyik berminpi dan kematiannya menghidupkan lena kami. Al fatihah
Kadang-kadang kita menyangka kita yang bercakap macam-macam inilah yg akan banyak menyumbang pada agama. Kita rasa kita yang lantang bersuara inilah yang akan membangunkan agama. Kita sangka kita hebat.
Kita sangka kita akan memberi kesan pada orang ramai.Kita lupa akhlak dan tutur bicara kita.
Kita katakan semuanya adalah demi agama yang kita mahu pertahankan.Namun kita lupa, akhlak dan budi bicara itu lah penting. Keikhlasan dalam beramal dan matlamat yang ikhlas untuk agama itulah yang utama. ahmad ammar. Sejak pemergianmu, engkau tidak henti-henti mengajar kami semua. Hatta pada saat ini. Allah Allah....Apa yang lebih indah dari menjadi ahli Syurga sepertmu.(InsyaALLAH)
Allahumma solli ala sai'dina muhammad . Ya Allah Ya Rasulullah aku mahu ingatkan lagi sekali..semoga lebih ramai "Ammar" yg bangkit..tidak menjadi "Ammar" pun tidak mengapa..jadilah diri sendiri..tetapi ambillah Semangat dan kisah hidup almarhum sebagai penyunting semangat disamping menjadikan Rasulullah sebagai idola utama dalam kehidupan..
AL-FATIHAH.